Tuesday 13 January 2015

If It's Natural, It's Safe. Ye ke?

Assalamualaikum @ Salam sejahtera

Eheh. Kali ni nak cakap pasal satu isu yang kontroversi sikit. Mungkin lepas ni orang-orang yang jual produk supplemen MLM berasaskan produk 'natural' marah dengan saya. First, saya nak mulakan dengan pengalaman saya semasa di Hospital Kuala Lumpur dulu.

source: skepticalob.com

Saya ada jumpa dengan seorang makcik di wad, umur lingkungan 60+. Beliau baru sahaja mendapat strok. Sebelum serangan strok tersebut, makcik ni boleh berjalan macam orang biasa, boleh makan, boleh bercakap. Selepas mendapat strok, makcik ni terlantar di katil, tidak boleh makan, tidak boleh bercakap. Hanya mampu mengeluarkan bunyi sedikit. Pesakit terpaksa diberi makan menggunakan Ryle's tube.

Selepas menemu bual keluarga beliau, saya mendapat tahu bahawa makcik ni tidak compliant terhadap ubat beliau. Kata anaknya, beliau agak degil dan tidak mahu makan ubat dari hospital yang dianggapnya tidak selamat kerana mengandungi bahan kimia. Menurut preskripsi hospital, beliau sepatutnya perlu mengambil ubat darah tinggi, kolestrol, dan ubat untuk mencairkan darah (aspirin).

Buat pengetahuan anda semua, ubat kolesterol dan aspirin memainkan peranan yang sangat penting untuk mencegah salur darah daripada tersumbat. Apabila salur darah tersumbat, darah tidak dapat membekalkan oksigen kepada sel-sel badan. Sekiranya salur darah di bahagian otak yang tersumbat, sel otak akan mati dan menyebabkan strok.

Menurut kata anak makcik tersebut, makcik itu dahulunya tahu tentang kepentingan mengambil ubat cair darah. Tetapi disebabkan tidak suka dengan ubat 'bahan kimia' dari hospital, beliau membuat keputusan untuk membeli produk cair darah herba semulajadi buatan satu syarikat MLM yang sangat terkenal (saya akan panggil produk H). Produk H ini telah di promote oleh saudara makcik itu sendiri.

Namun, harga produk H ini sangat tinggi dan syarikat H mengesyorkan ianya diambil 2 kali sehari. (Aspirin hanya perlu diambil sekali sehari, dan beliau boleh mendapat ubat ini secara percuma sahaja dari hospital/klinik kerajaan). Disebabkan tidak mampu, makcik ini hanya mengambil produk H sekali sehari untuk menjimatkan kos. Akhirnya, beliau mendapat strok.

Disebabkan terlalu percaya dengan produk 'semula jadi' MLM, beliau telah mendapat strok sehingga hilang keupayaan berjalan, bercakap dan makan. Mungkin banyak lagi faktor lain yang mengakibatkan strok tersebut, tetapi ketiadaan ubat cair darah adalah salah satu penyumbang utama. Memang tidak semua orang memerlukan ubat cari darah, tetapi ubat ini penting untuk orang yang mempunyai masalah jantung, contohnya atrial fibrillation.

Apa yang saya mahu ketengahkan di sini ialah sikap sesetengah orang yang menganggap semua produk semula jadi adalah selamat, dan ubat konvensional yang mengandungi bahan kimia tidak selamat. Tetapi ini tidak tepat.

Produk semula jadi tidak semestinya selamat

Marijuana. Opium.

Saya rasa semua pun tahu, ini adalah contoh dadah. Korang tahu tak, marijuana dan opium di ekstrak dari tumbuhan? (ie: produk semula jadi) Adakah selamat untuk kita ambil marijuana dan opium sesuka hati? Mestilah tak.

Ikan buntal @ puffer fish.

Orang jepun panggil ikan buntal ni 'fugu'. Sushi fugu boleh kata antara sushi termahal, sebab dia unik, susah nak prepare. Tapi korang tahu kan, ikan buntal ada sejenis toksin yang sangat bahaya, yang boleh menyebabkan kematian kalau termakan. Toksin ni dipanggil 'tetrodotoxin', kalau makan kita boleh paralyse, sampai tak dapat bernafas, pastu mati.

Kacang.

OK kacang ni bukannya bahaya ke apa la. Tapi saya nak highlight ada sesetengah orang tak boleh makan kacang disebabkan masalah alergi. Ada yang teruk, sampai boleh sesak nafas kalau termakan kacang.

Selain contoh-contoh kat atas, banyak lagi la sebenarnya bahan semula jadi ni yang bahaya. Contoh lain: cendawan, poison ivy, getah sesetengah pokok, racun daripada ular, katak, etc etc.

So, kesimpulannya, tak semestinya kalau benda yang natural tu selamat.

TAPI.

Kalau digunakan dengan ilmu dan cara yang betul, insyaAllah semua pun boleh jadi selamat. Opium tu, dengan dos yang betul, boleh dijadikan painkiller dan selamat digunakan, Ikan buntal, kalau dah dimasak dengan cara yang betul, tetrodotoxin boleh dibuang dan selamat dimakan. Kacang selamat dimakan oleh kebanyakan orang, tapi mungkin tak selamat dimakan untuk orang tertentu. Kalau kita tahu kita alergi dengan kacang, jangan lah makan kacang, so kita selamat lah.

Macam tu juga dengan ubat.

Semua ubat sudah di periksa keselematannya melalui clinical trial yang mengambil masa bertahun-tahun dan terdapat dalam 3 peringkat. Beratus-ratus atau beribu-ribu orang pernah cuba sesuatu jenis ubat tu sebelum ianya boleh dipasarkan untuk pastikan ubat tu selamat.

Kalau digunakan dengan dos/kuantiti yang betul dan dimakan dengan cara yang betul, insyaAllah tak kan ada masalah.

Cuma, masalahnya adalah pada orang yang alergi atau sensitif kepada sesuatu jenis ubat.

Contoh macam antibiotik amoxycillin. Kebanyakan orang makan takde masalah pun. Tapi kalau alergi, ada yang jadi gatal-gatal, bengkak, sesak nafas, etc etc.

Contoh lain, perindopril, sejenis ubat darah tinggi. Kebanyakan orang boleh makan ubat ni tanpa masalah. Tapi ada yang kalau makan ubat ni akan mendapat batuk kering.

Tapi ini bukan salah ubat tu, sebab orang lain makan takde masalah pun. Sama lah kalau alergi kacang, tak boleh nak salahkan kacang, sebab orang lain makan tak sakit pun.

Bahan kimia tak selamat


Satu lagi, saya nak komen pada definisi 'bahan kimia' yang kurang tepat. Tapi nanti saya tulis lagi kemudian. Penat dah. Hehe. :p

Until next time, insyaAllah. Peace and out!

1 comment:

  1. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete