Sunday 11 January 2015

Dos Ubat Kanak-Kanak

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

OK kali ni nak tulis sikit pasal dos ubat untuk kanak-kanak.

Source: www.mhra.gov.uk
Untuk pengetahuan korang, dos ubat untuk kanak-kanak bergantung kepada berat badan. Sebab itulah, kalau pergi jumpa doktor, atau mahu ambil ubat di farmasi, mesti diorang akan tanya berat badan anak korang.


Berat badan kanak-kanak mungkin berubah, jadi dos ubat boleh berubah. Kadang-kadang ubat yang lain brand, lain dia punya kekuatan ubat. So korang kena ingat:

  • Kalau ada ubat lama-lama yang tak habis tu, jangan sesuka hati je bagi balik lepas 2-3 bulan ye.
  • Kalau dulu pernah bagi anak minum ubat panadol (ie: paracetamol) 5ml, tak semestinya kalau korang beli paracetamol brand lain dos dia sama jugak
  • Jangan guna ubat adik beradik lain tanpa consult doktor/ahli farmasi terlebih dahulu
Bayi baru lahir terutamanya, sangat-sangat memerlukan dos ubat yang tepat. Sistem pencernaan diorang tak sama dengan kita. Organ dalaman diorang mungkin belum dapat berfungsi dengan efisyen. Berat badan diorang kerap berubah, kadang-kadang boleh jadi makin ringan. So, ibu bapa perlu hati-hati.


Selain itu, korang mesti rajin-rajin jenguk berat badan anak-anak. Di hospital dan klinik kerajaan, ahli farmasi ditugaskan untuk double check dos ubat pesakit, dan kitorang mesti akan tanya berat badan kanak-kanak yang diberi ubat supaya kitorang boleh kira balik dos yang doktor telah tulis.

Ini bukan sebab kami tak percayakan doktor, tapi sebab memang tugas kami untuk menyemak semula semua preskripsi yang doktor tulis. Bayangkanlah, di hospital & klinik kerajaan pesakit beratus-ratus orang, kadang-kadang sampai beribu-ribu orang sehari. Tidak mustahil doktor boleh tersilap tulis disebabkan beban kerja yang banyak. Maklumlah, manusia tak lari dari melakukan kesilapan.

Jadi, sila beri kerjasama dan layan saja lah pertanyaan ahli farmasi ye.

Peace and out! :D

No comments:

Post a Comment