Wednesday 22 June 2016

Warfarin, Pendarahan dan Interaksi

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sebagai bekas Pegawai Farmasi Warfarin MTAC, saya dan membebel tentang warfarin ni banyak kali sangat dah. Dulu setiap hari Isnin dan Jumaat saya akan habis kan masa berjam-jam ajar patient pasal warfarin. Sekarang lepas dah pindah KL, warfarin pun tak ada kat klinik tempat saya kerja tu. Takut pulak ilmu tu makin lupa dan hilang. Jadi, kali ni saya nak dedicate satu entry khas pasal ubat warfarin.

Warfarin


Saturday 4 June 2016

Penggunaan Ubat di Bulan Ramadan

Assalamualaikum & salam sejahtera

InsyaAllah minggu depan kan dah masuk bulan Ramadan. Macam biasa, setiap tahun akan ada pesakit yang bertanyakan tentang cara nak ambil ubat di bulan Ramadan.


Source: www.socialbuzzcom.com


Dibawah ni saya kan ringkaskan sikit-sikit tentang maklumat yang saya tahu.

Monday 11 April 2016

Diabetes Mellitus. Kencing Manis. Insulin. Apa yang anda perlu tahu?

Assalamualaikum

Maaf lama pula menyepi. Sebab saya tersangatlah busy. Saya sudah transfer ke kampung halaman (Kuala Lumpur) jadi banyak benda yang perlu di setelkan bulan lepas. Alhamdulillah sekarang boleh duduk bawah ketiak mak bapak balik. Hahaha.

Anyway. Dah sampai tempat baru ni, saya ditugaskan menjaga Klinik Diabetes. So kepala saya sekarang dah tepu dengan fakta-fakta kencing manis. So sementara saya rajin, meh sini nak share information sikit. Heehe.

Source: bloodsugardiabetes.org


Saturday 27 February 2016

D'ngue. Clinical Trials. And everything in between.

Assalamualaikum & salam sejahtera

Erm, baru-baru ni rasanya ramai yang ada baca pasal berita penyelidik dari UTM yang dikatakan telah menjumpai 'penawar' dan 'pencegah' demam denggi. Untuk siapa yang tak tahu boleh lah baca dari Berita Harian dan malaysiakini.

Ramai orang puji dan kagum. Apabila Ketua Pengarah Kesihatan keluarkan statement untuk suruh orang berhati-hati dan minta pihak penyelidik dari UTM daftarkan dulu produk, ada la pula yang marah dan kutuk KKM.



Kenyataan Akhbar KPK berkenaan produk D'ngue


Sunday 21 February 2016

Kerintangan Antibiotik. Antibiotic Resistance.

Assalamualaikum & salam sejahtera

Last time saya terangkan pasal ubat-ubat untuk bunuh kuman yang berbeza. Kali ni saya nak fokus pada satu topik yang sangat-sangat ditakuti oleh kami yang kerja di bahagian kesihatan. Keadaan di mana bakteria sudah jadi 'kebal' dengan antibiotik. Sepatutnya antibiotik tu dulu boleh bunuh dia, tapi sekarang dah tak lut sebab bakteria tu dah jadi power. Keadaan ini dipanggil:

Kerintangan antibiotik, atau antibiotic resistance.


Kematian di sebabkan antimicrobial resistance
(p/s: antimicrobial merujuk kepada semua ubat untuk membunuh jangkitan, termasuk antibiotic, antifungal, etc)
Sumber: BBC.co.uk


Saturday 13 February 2016

Kuman. Bakteria. Virus. Fungus. Protozoa. Parasit. Apa beza sebenarnya?

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Erm.. Lama pula tak update blog ni. Hihi. Sebelum ni saya terkena jangkitan travel bug, asyik update travel blog saya saja. Jadi blog ubat ni terabai pula. ^^;;

Sebagai pharmacist di hospital kerajaan, saya tak larat bila ada pesakit cakap macam ni:

Puan A: Boleh tak saya nak antibiotik yang warna merah tu? Yang tu je 'ngam' dengan anak saya.
Saya: Hmm? Antibiotik jenis apa puan? Dulu dia sakit apa?
Puan A: Jangkitan kulit. Nama ubat tu saya tak ingat laa..
Saya: Oh tak boleh la nak pakai anibiotik tu. Sekarang dia cirit birit, kena pakai antibiotik jenis lain. Lain kuman, lain antibiotik yang kita kena pakai
Puan A: Oooooo


Okey, cakap pasal jangkitan, saya nak tanya, korang tahu tak apa beza benda-benda ni: Kuman. Bakteria. Virus. Fungus. Protozoa. Parasit.


Colonies growing on agar plate