Monday 11 April 2016

Diabetes Mellitus. Kencing Manis. Insulin. Apa yang anda perlu tahu?

Assalamualaikum

Maaf lama pula menyepi. Sebab saya tersangatlah busy. Saya sudah transfer ke kampung halaman (Kuala Lumpur) jadi banyak benda yang perlu di setelkan bulan lepas. Alhamdulillah sekarang boleh duduk bawah ketiak mak bapak balik. Hahaha.

Anyway. Dah sampai tempat baru ni, saya ditugaskan menjaga Klinik Diabetes. So kepala saya sekarang dah tepu dengan fakta-fakta kencing manis. So sementara saya rajin, meh sini nak share information sikit. Heehe.

Source: bloodsugardiabetes.org


Pengenalan & little bit of history


Kencing manis ni bukan penyakit zaman moden sahaja. Mengikut kajian, dalam teks2 sejarah dari zaman Mesir purba dan tamadun di India (lebih kurang 1500 tahun sebelum masihi) sudah ada rekod tentang symptom2 penyakit kencing manis ni.

Perkataan 'diabetes' yang bermaksud 'to pass through' telah digunakan oleh orang Greek sejak 230 sebelum masihi. Kenapa 'to pass through'? Sebab orang yang ada kencing manis antara symptom2 nya ialah kerap kencing. Perkataan 'mellitus' mula ditambah pada tahun 1700-an yang bermaksud 'from honey'. Sebab air kencing dah jadi manis. Thus, kencing manis.


Kenapa kita boleh dapat kencing manis?


Biasanya berpunca daripada insulin yang tak mencukupi. Insulin adalah sejenis hormon di dalam badan yang berfungsi untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah. Insulin dihasilkan oleh organ pankreas.

Organ pankreas. Source: John Hopkins Medicine


Insulin akan tukarkan gula ringkas di dalam darah kepada gula kompleks untuk simpanan di dalam organ hati. Kalau insulin dah takde, paras gula dalam darah pun makin meningkat sehingga boleh merosakkan organ badan, salur darah dan sistem saraf di badan kita.



Jenis2 kencing manis


Sebenarnya kencing manis ada beberapa jenis, yang paling common ialah Type 1 Diabetes dan Type 2 Diabetes.

Type 1 Diabetes bermula secara mengejut dan biasanya bermula sejak kecil lagi. Selalunya berpunca daripada autoimmune disease, iaitu sel badan kita sendiri yang memusnahkan pankreas yang menghasilkan insulin. Bila insulin takde, gula pun jadilah tinggi. Tapi ni jarang berlaku.

Type 2 Diabetes lah yang paling common. Berpunca daripada pemakanan, genetik, dan beberapa faktor lain. Biasanya bermula lepas dah dewasa, especially bila dah berumur. Biasa lah kan, semakin tua, organ pun semakin hilang lah fungsinya. So, makin tua, pankreas hasilkan insulin tak cukup. Tapi, sekarang ni dah makin banyak saya jumpa orang umur 20 tahun lebih pun dah dapat kencing manis tau! So, jangan perasan korang ni muda korang boleh melantak makan semua sesuka hati. Entah2 ada kencing manis korang pun tak sedar. Hehe :p

Selain insulin tak cukup, satu lagi masalah ialah sel badan kita sendiri yang tidak mahu bagi response terhadap insulin yang dihasilkan. Ini biasa berlaku di kalangan Type 2 Diabetes. So, insulin ada, tapi sel badan buat tak peduli je, tak nak pun tukarkan gula dalam darah atau ambil gula dalam darah tu untuk kegunaan sel...

Diagnosis


Lecturer saya dulu pernah cakap zaman dulu2 kalau orang nak kesan ada kencing manis, diorang kena rasa air kencing. Dengan lidah. Lepas dia cakap camtu lecturer saya gelak. So, saya pun tak tahu la dia main2 ke apa. Hahaha.

Zaman sekarang ni, ada beberapa cara nak kesan kencing manis. Cara yang paling tepat ialah dengan cara check darah untuk periksa berapakah kandungan gula dalam darah.

Check gula! Source: goizbiomagnetism.com
Selalunya doktor akan suruh korang check gula bila berpuasa. (ie: bacaan gula awal pagi sebelum makan breakfast). Kita panggil ni 'fasting blood glucose' atau FBG. Sekiranya bacaan FBG korang lebih dari 7.0 mmol/L, korang dah dikira ada kencing manis.

Kalau tak berpuasa, bacaan gula lebih dari 11.1 mmol/L, adalah dikira sebagai menghidap kencing manis.

Bacaan gula berpuasa yang normal adalah kurang dari 6.1 mmol/L. Kalau bacaan korang di antara 6.1 - 6.9 mmol/L, biasanya doktor akan suruh korang buat test OGTT untuk mendapat kepastian adakah anda ni menghidap kencing manis.

OGTT ni nama penuh dia Oral Glucose Tolerance Test. Korang akan disuruh minum air gula. Bacaan sebelum minum dan 2 jam selepas minum gula akan diperiksa.

Kalau orang yang normal, lepas minum air gula, pankreas dalam badan automatik akan hasilkan insulin untuk kasi gula dalam darah turun. Tapi, kalau orang yang dah ada kencing manis, pankreas hasilkan insulin tak cukup, so gula tetap akan tinggi dalam darah.

So 2 jam lepas minum air gula, kalau bacaan gula kurang dari 7.8 mmol/L, kira normal lah. Tapi kalau bacaan lebih dari 11.1 mmol/L... takziah diucapkan, nampaknya anda ada kencing manis.


Bahaya gula tinggi 


Apa lah bahaya gula tinggi ni? Gula tu kan bahan semula jadi, bukan bahan kimia pun. Kenapa pulak bahaya?

Erm, beginilah pertanyaan sesetengah orang. Tapi sudah saya cakap sebelum ni, benda semula jadi tak semestinya selamat. Kalau gula terlalu rendah dalam darah, bahaya jugak. Kalau terlalu tinggi pun bahaya jugak.

Yang paaaaling saya takut, kalau gula tinggi ni dia rosakkan badan kita. Retinopathy. Rosakkan salur darah di mata, sampai boleh jadi buta. Nephropathy. Rosakkan salur darah di buah pinggah, sampai buah pinggang rosak dan perlu dialysis 3 kali seminggu. Neuropathy. Kerosakan saraf, deria rasa hilang, hujung jari tangan/kaki berdenyut2, kebas. Kalau neuropathy ni, kita risau, bila ada kaki luka, kita jadi tak sedar pun, sampai lah luka tu boleh jadi teruk dan dijangkiti kuman.


Diabetic foot ulcer. Source: webmd.com


Sebenarnya, orang yang ada kencing manis ni senang dapat jangkitan. Jangkitan kulit, jangkitan salur kencing, macam-macam lah. Gula tinggi kan, senang la kuman membiak, gula kan kasi tenaga, so gula dalam darah kita kasi tenaga la dekat kuman tu. Bila jangkitan kuman sudah teruk dan merebak, luka pulak tak pandai-pandai sembuh, ada sesetengah orang jadi teruk sehingga kena potong kaki. Seperti arwah datuk saya dulu :(

Selain tu, gula yang tinggi boleh meningkat kan risiko penyakit lain seperti masalah jantung, strok dan mati pucuk.

Ubat-ubat kencing manis


Kalau di Malaysia, untuk merawat kencing manis, kita biasa rujuk Clinical Practice Guideline for Diabetes Mellitus 5th Edition yang telah dikemaskini pada Disember 2015. Panduan ni telah dihasilkan oleh pakar-pakar endokrin dari seluruh Malaysia. So memang hebat dan lengkap. Nak tengok, boleh lah Google sendiri ye :p

Secara amnya, kalau gula korang tak tinggi sangat (eg: kurang 13.0 mmol/L), boleh la makan ubat je dulu. Ubat kencing manis jenis tablet ada banyak jenis. Ni contoh-contoh ubat yang ada di Malaysia:


  1. Metformin - bertindak dengan mengurangkan penghasilan gula oleh organ hati
  2. Gliclazide, glibenclamide - suruh pankreas kita menghasilkan insulin
  3. Acarbose - menghalang penghadalam gula kompleks di usus. Gula kompleks dalam makanan tidak boleh diserap oleh badan, dan perlu dihadamkan ke bentuk gula ringkas. Oleh itu, gula yang diserap oleh badan akan berkurangan.

Ada baaanyaak lagi jenis ubat kencing manis. tapi kalau kat hospital atau klinik kerajaan, ini lah yang paling common. Setiap ubat tu bertindak dengan pelbagai cara yang berbeza, sebab tu lah kadang-kadang, doktor akan kasi korang lebih dari satu jenis ubat, supaya ubat-ubat ni boleh berkerjasama untuk mengurangkan gula korang.


Insulin


Hehe kebanyakan pesakit paling takut bila doktor suruh start insulin. Ye lah, sapa la suka dicucuk2 sampai 3 - 4 kali sehari. Tapi korang kena faham, kencing manis adalah penyakit yang tidak boleh diubati.

Bila organ pankreas sudah mula rosak dan tak mampu hasilkan insulin, ianya sudah tidak boleh dibaiki untuk jadi bagus balik. Begitu juga dengan organ lain. Sudah kena sakit jantung, sel jantung yang dah mati tu bukannya boleh hidup balik. Sudah kena strok, sel otak yang dah mati tu akan kekal mati, kita cuma boleh harapkan sel otak yang lain sahaja untuk teruskan fungsi otak kita.

Jadi, sebenarnya buat masa ini, memang kencing manis tiada penawar. Ianya cuma boleh dikawal. Dan, kita hanya mampu mengawal gula kita supaya paras gula berada dalam paras normal untuk mengelakkan kerosakan organ lain pulak.

Bila pankreas kita baru rosak sikit2, mungkin 50% je rosak, 50% lagi mampu hasilkan insulin. So tak payah lah lagi pakai insulin. Lama kelamaan, kerosakan pankreas mungkin akan bertambah sehingga 70% rosak, 90% rosak, dan akhirnya kita memerlukan insulin dari luar untuk mengurangkan gula dalam darah. (Figure ni contoh je la, nak tunjukkan yang kencing manis ni is a progressive disease).

Jadi, janganlah sedih kalau doktor suruh korang pakai insulin. Sesungguhnya insulin itu penting dan lebih berkesan daripada ubat kencing manis jenis tablet tu.


Insulin pen, katrij dan jarum


Jenis-jenis insulin


Insulin ada banyak jenis. Yang paling common adalah 3 jenis ni:


  • Short-acting/prandial insulin - insulin ni kepala katrij dia warna kuning. Kesan dia cepat dan sekejap. Berfungsi untuk kurangkan gula selepas kita makan. Jadi, biasanya kita kena suntik sebelum makan.
  • Long-acting/basal insulin - insulin ni kepala katrij dia warna hijau (macam dalam gambar di atas). Berfungsi untuk berikan 'background insulin' untuk kontrol gula sepanjang hari. Biasanya kena suntik malam, sebelum tidur. Selain jenis hijau ni, ada juga jenis yang lebih mahal macam Lantus (insulin glargine) atau Levemir (insulin detemir).
  • 2-in-1 insulin (premixed insulin). Gabungan short-acting dan long-acting dalam satu. Kepala katrij warna coklat. Biasanya kena cucuk sebelum makan, sebab dia ada short-acting insulin jugak. 

Ni yang paling common lah, yang selalu pesakit dapat di hospital/klinik kerajaan. Ada banyak jenis lagi, tapi tak laratlah saya nak cerita semua kat sini. Dos insulin dan berapa kali nak cucuk bergantung pada keputusan gula anda. 



Insulin dari babi?


Erm. Ni dah banyak kali ada pesakit tanya dekat saya. Insulin dari haiwan seperti babi @ khinzir, lembu, ikan jerung, etc2 hanya digunakan pada zaman dahulu kala. Tapi insulin macam ni ada banyak masalah, sebab ada orang yang alergik, sebab struktur insulin haiwan berbeza dari struktur insulin manusia.

Sekarang kita dah moden, teknologi dan canggih. Kita dah boleh hasilkan insulin yang sama macam insulin manusia menggunakan kemajuan bioteknologi dan tak perlu dah curi insulin dari haiwan2. Kesian je kalau balik2 nak curi insulin dari haiwan2.

Sedih jugak kadang-kadang bila saya dengar pesakit cerita yang dia sebenarnya simpan berkotak-kotak insulin dekat rumah sebab diorang tak pakai, takut tak halal katanya. Bukan murah tau insulin. 1 katrij tu je dekat RM 8 dah. Kalau sekotak dah RM 40. Pen insulin tu kalau beli kat luar mau la dalam RM 180. Tapi government kasi free je... sila lah hargai. Ingat, membazir tu amalan syaitan :p

Jadi, kepada saudara seagama Islam dengan saya, jangan lah risau dan khuatir. Insulin yang kami beri di hospital/klinik tu bukan dihasilkan dari babi.


Target gula untuk kencing manis


Selain memeriksa kandungan gula berpuasa atau tidak berpuasa, doktor juga akan memeriksa kandungan HbA1c korang.

HbA1c adalah bacaan peratus sel darah merah yang mengandungi sejenis gula, dan ianya menunjukkan bacaan gula purata dalam tempoh 3 bulan. (p/s: Orang yang takde kencing manis bacaan HbA1c ialah 5.6% ke bawah). So, basically HbA1c ni menunjukkan sama ada dalam 3 bulan ni, korang punya bacaan gula bagus ke tak.

Dengan kata lain, korang tak boleh tipu. Ada pesakit, seminggu sebelum nak datang check darah, baru lah dia jaga makan elok2, makan ubat tak tinggal, supaya nanti bacaan darah cantik bila jumpa doktor. Kalau tak check darah, telan je semua, ubat pun tak makan. Ini kisah benar OK. Ada patient yang mengaku sendiri depan saya. Hehe.

Tapi dengan HbA1c, korang tak dapat tipu. Hahahaha.

Untuk orang yang muda belia dan sihat walafiat, target HbA1c ialah 6.0 - 6.5%. Kalau dah tua-tua sikit, ada banyak penyakit lain, kita kasi can la, target tak strict sangat, dalam 7.1 - 8.0%. 

Untuk bacaan gula ketika berpuasa, target adalah di antara 4.4 - 7.0 mmol/L.

Untuk bacaan gula tidak berpuasa (2 jam lepas makan), target adalah di antara 4.4 - 8.5 mmol/L.

Sila lah ingat target2 ini supaya senang korang tengok korang punya bacaan darah ideal ke tak.


Diet dan Senaman


Of course, selain ubat, kita perlu jaga pemakanan dan melakukan senaman untuk memastikan paras gula adalah normal. Setakat makan ubat, inject insulin 4 kali sehari, tapi melantak nasi 5 pinggan, makan kek/cekedis banyak2 setiap hari, takde gunanya bro.

Ingat. Makanan berkarbohidrat macam nasi, roti, mi, bihun, kentang, roti canai, semuanya akhirnya ditukarkan kepada gula di dalam badan. Karbohidrat adalalah gula kompleks. So, walaupun korang tak minum air manis, kalau banyak makan karbohidrat, akhirnya gula akan tetap tinggi dalam darah.

Senaman pun penting, tapi buat lah sekadar yang mampu. Kalau sakit lutut, jangan lah berjogging, naik bukit bagai. Ada banyak lagi jenis senaman yang lain. Berenang pun bagus. Isi botol 1.5L dengan air, pastu angkat, pun kira senaman tu (kalau untuk yang dah tua2). Kalau muda sila lah buat senaman dengan kadar yang lebih hebat.

Secara amnya, kami akan menyarankan pesakit kencing manis untuk bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. 30 min/session, 5 kali seminggu. Erm. That's the ideal la. Tapi saya mengaku saya sendiri pun tak mampu buat. Kah kah kah.

Tapi, saya rajin naik tangga. Saya rajin jalan dan saya tak kisah parking jauh sikit asalkan tak double park/block parking orang lain. Hehe. Senaman boleh datang dalam pelbagai bentuk, tak semestinya lari kat taman tasik je.



Akhir kata, kesihatan kita adalah tanggung jawab kita sendiri. Sebagai pharmacist, boleh kata hari2 lah saya membebel suruh patient makan ubat dengan cara yang betul, Dah balik rumah, tulis blog lagi untuk cerita pasal ubat. Punya lah semangat nak memberi maklumat kepada orang awam. (Ececeee.. kah kah kah)

Tapi, kalau pesakit nda mahu ikut, apa lah jugak yang saya boleh buat kan. Saya cuma mampu memberi tahu. (nada merajuk) Hehe.

Memang, nikmat kesihatan tu dari Allah. Kalau Allah dah takdirkan sakit, sakit lah jugak. Tapi kalau kita sendiri tak berusaha nak jaga kesihatan, lagi la sakit tu senang datang. Huhu. Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal. Baru la complete.



OK lah tu je dari saya untuk kali ini. Semoga bermanfaat lah ye :)



44 comments:

  1. Memang menarik info ni..Mudah nak faham. Semoga lebih ramai yg akan sedar risiko yang dialami sekiranya langkah penjagaan dan pencegahan tidak diambil.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.. info sgt berguna.. jzkk

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.. info sgt berguna.. jzkk

    ReplyDelete
  4. Info yg sgt bagus, mudah difahami n cool.Tq.

    ReplyDelete
  5. Nak tanya sikit la..kalau nak beli insulin katrij tu..yg biasa je.bukan yg dlm kawalan..@ insulin actrapid.. Mana bole dapat ye?? Bole ke beli kat farmasi just tunjukkan pen dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua insulin adalah ubat terkawal, termasuk Actrapid. Biasanya farmasi takkan jual sembarangan melainkan ada dokumen yang mengesahkan pesakit memang ada ambil insulin. Kalau betul-betul dah habis, boleh try dapatkan dari klinik tempat appointment. Kalau nak beli di farmasi, cuba bawa salinan preskripsi atau case note pesakit yang ada tulis jenis dan dos insulin.

      Delete
    2. Di farmasi ada jual x yer insulin regular dgn yang lantus punya eh.sbb says pakai yg regular dgn lantus punya.saya x stay di malaysia sbb kja di sg so nak beli di sg mahal.sekrg nie insulin regular saya tggl last Satu lagi..

      Delete
  6. Nak tanya, kawan saya kata, datuk dia kadang2 tak ambil insulin bila dia kurang makan pd hari tersebut, sebab takut paras gula jadi terlalu rendah. Betul ke anggapan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bergantung pada jenis insulin apa dan kurang makan banyak mana tu. Biasanya kalau masih ada makan, perlu juga cucuk insulin, cuma mungkin dos perlu kurangkan sedikit. Kalau nak lebih pasti, kena check gula dulu, kalau betul-betul rendah, barulah adjust insulin. Kalau bacaan gula tinggi juga, perlu cucuk seperti biasa. Nak lebih pasti, kena discuss dengan doktor dan tengok bacaan gula :)

      Delete
  7. Info yg sgt mudah difahami..tahniah.

    ReplyDelete
  8. apa yang ditulis tu memang kena batang hidung saya.. arghhhhh..sape yang nak percaya kena kencing manisss?? sampai sekarang w/pun insulin Lantus & metformin masih tak pecaya ada dabetes ni...(kena jumpa pakar sakit jiwa kot..hehehe) side effectnya pulak kebas, sakit di dada kiri, kulit kering, tekak panas ... appointment hospital gomen jangan cakap la.... ENT, SOPD, MOPC, KK, ENT... paling latest kena tyroid.. dugaan dari Allah... namun hidup wajib diteruskan kerana suami dan anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Ya, kadang2 susah nak terima. Biasanya bila dah jumpa doktor secara berkala ni, laju juga diorang detect macam2 penyakit lain. Bukan sebab jumpa doktor dapat penyakit, tapi sebab bila jumpa doktor diorang sentiasa pantau kita dan lebih laju dapat kesan kalau ada apa2 masalah. Lagi bahaya kalau ada masalah tapi tak dikesan2 sampai bertahun2 sebab tak pernah jumpa doktor.

      Macam mana pun, all the best puan. Semoga cekal menjaga kesihatan dan keluarga, dan semoga diberikan kesihatan :)

      Delete
  9. Assalamualaikum.. Menarik sangat info yg diberi. terimala kasih. Mak saya penghidap diabetes. Dia dah lalui cucuk insulin, dia dah lalui hypo jatuh pengsan, dia dah lalui penurunan badan. Sekarang ni, simptom yang dihadapi ialah kaki mak saya bengkak. ada luka kecil, dan lambat sembuh, sy usahakan sapu minyak gamat. bentuk luka itu ialah dimana cecair keluar meleleh xhenti. setelah 2 minggu luka masih xsembuh2, baru ke klinik untuk cek, dan doktor kasi ubat sapu pada luka dan antibiotik. Alhamdulillah,selepas seminggu sapu cecair makin berkurang, tapi masih xsembuh dan berair. Esok InsyaAllah mak akan ke HKL untuk buat x-ray. Doktor KK Sri Rampai cdangkan mak ke HKL. Boleh tak sy minta tips dari puan menu2/ contoh makanan/lauk apa untuk harian mak saya? dan apa langkah untuk kurang bengkak kaki mak saya? terima kasih. - Nur Sabitah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Puan ada glucometer tak? (alat untuk check gula). Yang paling penting sekarang pastikan gula dalam paras yang normal. Biasanya memang luka lambat sembuh dan banyak komplikasi kalau gula tinggi. Perlu check kerap sikit untuk tengok pattern bacaan gula.

      Dari segi makanan, kalau nak kawal gula kena control karbohidrat. Ini termasuklah nasi, roti, kentang, roti canai, biskut, kerepek, kuih2, etc. Banyakkan serat (ie: sayur hijau) dan ambil protein (ikan, ayam) sebagai sumber kalori dan untuk pastikan kita kenyang jugak (sebab dah kurangkan nasi/karbohidrat). Nak terangkan memang panjang, kalau nak puan boleh baca lebih lanjut di sini:
      file:///C:/Users/user/Downloads/Diabetes_education_Flipchart,_2010.pdf

      Delete
  10. Sy pun baru tau ada diabetic....ni kaki rasa kebas2 dan menyucuk2...mcm mana yea nak kurangkan rasa kebas dan menyucuk2 tu....kkdg sy bw mandi air panas smulajadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebas2 tu mungkin ada beberapa sebab, sama ada saraf sudah rosak, atau pun badan kekurangan vitamin B12. Saraf rosak disebabkan gula yang tak terkawal, dan dikira irreversible, tak boleh nak rawat balik dah. Tapi, kalau cuma sebab kekurangan vitamin B12, boleh lah try dapatkan supplemen. Atau just ambil makanan seimbang yang ada sumber vitamin B12.

      Delete
  11. 1.Kalau ibu menyusu anak boleh ambil metformin ke? Bimbang susu kering.
    2.Benarkah penggunaan metformin yg lama akan menyebabkan buah pinggang rosak? Atau buah pinggang rosak kerana diabetis tidak dirawat.

    Tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) InsyaAllah Metformin tak akan menyebabkan susu kering, sebab ubat Metformin tak menganggu reseptor yang mengawal penghasilan susu. Cuma, kira2 dalam 0.5% ubat metformin mungkin boleh masuk ke dalam susu ibu. Tapi, setakat ni kajian menunjukkan metformin selamat dan tiada apa-apa kesan buruk terhadap bayi.

      2. Sebenarnya itu tak benar. Buah pinggang rosak disebabkan gula tinggi dalam darah, bukan sebab metformin. TAPI, kalau buah pinggang sudah rosak, dos metformin mungkin perlu dikurangkan atau diberhentikan. Sebabnya, metformin ni di proses dan dibuang dari badan oleh buah pinggang. Kalau buah pinggang rosak, kita risau metformin akan berkumpul di dalam badan dan menyebabkan lactic acidosis.

      Yang penting kalau nak elakkan buah pinggang rosak, kawal sahaja gula dalam darah dan elakkan pengambilan ubat tradisional yang mempunyai bahan terlarang seperti steroid :)

      Delete
  12. Terimakasih bebanyk atas maklumat suma ni. mmg bagus...
    Cuma saya nak tanya.. kenapa org yg ngidap kencing manis ni jadi kurus... adakah sebab tidakbalas ubat tu atau sebab apa.. dan boleh ke nak recover berat badan semula.. sebab kekadang jadi terlalu kurus dan cengkung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurus tu sebab penyakit kencing manis tu sendiri, bukan sebab ubat. Lagipun insulin ni sejenis hormon anabolik, maksudnya dia tolong kita bina sel badan. Sebab tu pada pesakit kencing manis yang tak mempunyai insulin yang cukup, diorang jadi kurus, dan bila start treatment dengan insulin, berat badan akan naik.

      Delete
  13. Salam . Nak tanya satu soalan Sekiranya salah masukkan dos bagi setiap suntikan yang diberikan adakah memberi kesan yang buruk? Boleh bagi penerangan sedikit tak macam mane nak tahu dos yang betul sekiranya bacaan gula berubah2 setiap masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh share ke..Soalan yg sama..Doctor prnah bgitau saya, kita sndiri boleh adjust 'unit' yg diberi berdasarkn reading meter glukos. Klu terlalu rendah bacaan hoingga hypo kurangkn 'unit' sebnyk 2, tapi jika bacaan tinggi tmbh pada '2 unit pd prescripsi yg Doc bgi.Tidak boleh suka2 kurangkn tmbh tnpa consult Doc. Sbb ianya melibatkn kndungan gula dlm darah.

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Saya pesakit diabetes rawatan metformin. 2 minggu lepas dos saya bertambah 2 pil pagi(1000mg) n 2 pil mlm(1000mg). Kenapa berat badan saya naik mendadak slps btambah dos. 4 kg naik.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Penulisan yg Sangat mudah difahami ... T.ksh

    ReplyDelete
  18. ibu saya penghidap kencing manis dan baru sahaja 2 hari gunakan insulin. tapi malangnya bila cek bacaan darah pada keesokan harinya, bacaan tetap tinggi. kenapa ye?

    ReplyDelete
  19. Waktu makan ubat yg ideal bila? Kalau disuruh makan pagi dan malam selepas makan

    ReplyDelete
  20. Kalau pesakit kencing manis akan selamanya guna insulin ka ? Ada tak kemungkinan pesakit di berhentikan insulin ?

    ReplyDelete
  21. Saya ada pen insulin detemir (hijau). Brapa dos wajar guna? Hba1c saya 9.2...gula dijari sebelum makan 10.2..lepas makan 13.2...jd brapa dos levemir kena cucuk? Saja mintak puan/tuan kirakan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumpa doktor@pihak yg bertauliah langkah terbaik dan sepatutnya.

      Delete
  22. Assalamualaikum
    Dr sy ni baru 1 bln guna insugen 30/70
    Kuat laparlah dr.. Dlm ms sebulan berat sy naik 8kg..waktu mkn sy x menentu kerana jadual kerja yg berlainan. Jd sy ambil insulin pg 6am..setiap hari.. Dan ambil minuman.. Ptg sy ambil insulin. Sblm mkn dinner..tp diantara waktu insulin sy kerap lapar sgt.. Yg sy patut ambil sesuatu mknn hilangkan lapar.. Kalau x sy rs menggigil.. Tlg sy dr..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum
    Dr sy ni baru 1 bln guna insugen 30/70
    Kuat laparlah dr.. Dlm ms sebulan berat sy naik 8kg..waktu mkn sy x menentu kerana jadual kerja yg berlainan. Jd sy ambil insulin pg 6am..setiap hari.. Dan ambil minuman.. Ptg sy ambil insulin. Sblm mkn dinner..tp diantara waktu insulin sy kerap lapar sgt.. Yg sy patut ambil sesuatu mknn hilangkan lapar.. Kalau x sy rs menggigil.. Tlg sy dr..

    ReplyDelete
  24. Info sangat membantu untuk lebih memahami perihal diabetes. Bahasa mudah difahami. Tkasih puan.

    ReplyDelete
  25. Info yang sangat membantu dan mudah difahami.

    ReplyDelete
  26. Terima kasih di atas info yang sangat mudah difahami dan sangat membantu. Teruskan menulis ya...

    ReplyDelete
  27. maklumat yg sgt membantu. t.kasih

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Hi, nak tanya betulkah? pengambilan ubat Glumet DC dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan buah pinggang?

    ReplyDelete
  30. Hi.. sy mengandung & doktor kta sy ada diabetis. Buat bsp 4.9/6.4/6.7/5.9 dan doktor naikkan lg dos insulin. Brapa sbnrnya target bacaan gula yg btul/normal?

    ReplyDelete
  31. Boleh ke org obes makan pil metamin tujuan nk kurangkn berat badan..

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum...saya nak bertanya penggunaan insugen-r yang free lunch bolehkah diambil selepas bersarapan?

    ReplyDelete
  33. Kalau da insulin malam.lepas tu nak makan semula sbb lapar lagi
    Boleh ke?

    ReplyDelete