Saturday 4 June 2016

Penggunaan Ubat di Bulan Ramadan

Assalamualaikum & salam sejahtera

InsyaAllah minggu depan kan dah masuk bulan Ramadan. Macam biasa, setiap tahun akan ada pesakit yang bertanyakan tentang cara nak ambil ubat di bulan Ramadan.


Source: www.socialbuzzcom.com


Dibawah ni saya kan ringkaskan sikit-sikit tentang maklumat yang saya tahu.



"Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari tertentu; maka sesiapa diantara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka itu) pada hari-hari lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu, kalau kamu mengetahui."

Al-Baqarah, 184

Khilaf Ulama


First, of all, saya nak bagitahu yang ada beberapa khilaf (percanggahan pendapat) di antara ulama' tentang ubat mana yang membatalkan dan tidak membatalkan puasa, Ada sesetengah ulama' yang lebih 'relaks' ada yang lebih 'strict'.

Untuk memudahkan, majoriti maklumat yang saya letak di bawah ni adalah hasil keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.


Pengambilan darah


Sebelum cakap pasal ubat, saya nak tekankan bahawa pengambilan darah TIDAK membatalkan puasa. Kalau korang ada kencing manis, dan nak check kandungan gula di dalam darah, ambil saja bacaan, tak payah risau. Saya pernah jumpa patient yang tak puasa just untuk datang hospital ambil ujian darah. Kesian pulak ^^;;


Penggunaan ubat yang tidak membatalkan puasa


  • Ubat titis mata
  • Ubat titis hidung
  • Ubat titis telinga

Actually lah kan, mata kita ada saluran yang sambung ke tekak. Kalau korang pakai ubat titis mata, ada possibility ubat tu boleh mengalir masuk ke leher kita. Mata kita cuma boleh simpan sikit saja cecair (maaf, saya tak ingat exact volume). Kalau ubat eye drop kita titis 2 titis pun dia dah boleh mengalir ke tekak kita.

Paling common kalau pakai ubat Chloramphenicol eye drop. Kadang-kadang lepas pakai rasa pahit je kat belakang tekak. Jadi sebenarnya memang ada masuk sikit pun dalam tekak. Hehe. So kalau saya pakai eyedrop waktu puasa saya akan jadi was-was sikit. 

Cuma, mengikut pandangan sesetengah ulama, kalau ada benda yang bukan makanan masuk sikit-sikit, memang tak batal pun. Itu bukannya makanan dan tak bagi apa-apa zat tenaga pun. So, tak batal puasa pun lah.

Hidung, telinga, pun ada saluran pergi ke tekak. 

  • Tablet sublingual (ubat letak bawah lidah)
Tablet sublingual tak batal, sebab kita tak perlu telan ubat tu. Lepas pakai, terus ludah buang dari mulut.

  • Suntikan yang tidak memberikan zat
Suntikan yang tak memberikan zat ni contohnya ialah suntikan antibiotik, insulin, dan sebagainya. Tapi kalau puasa jangan suntik insulin. Takut hypo nanti...


  • Ubat sembur hidung  (nasal spray)
OK yang ni susah sikit. JAKIM cakap, tak batal puasa as long as ubat tu tak disedut. Tapi ubat nasal spray memang la kena sedut. Haha.. so megikut JAKIM, batal lah puasa. Tapi, mengikut keputusan Seminar Fekah Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morocoo, tak batal pun walaupun sedut. Sebab ianya bukan lah memberikan zat makanan pun. 

Tapi jangan risau lah. Sebab kebanyakan nasal spray kena pakai sekali sehari atau 2 kali sehari. So, boleh je pakai masa sahur n berbuka. 


  • Ubat bius setempat (local anaethesia)
Contohnya orang pakai bius setempat ni masa tengah cabut gigi. Dia inject ubat bius kat mulut je. Kita masih sedar, so tak pe la, tak batal puasa sebab tak hilang kesedaran.


  • Ubat sapu, patches, plaster
  • Ubat kumur


Penggunaan ubat yang membatalkan puasa


  • Ubat biji - tablet/kapsul
  • Ubat cecair untuk diminum
Ni straight foward lah kan. Sebijik besar tu kita telan memang la batal puasa....

  • Inhaler
Yang ni ada percanggahan pendapat. Seminar Fekah Perubatan ke 9 (Casablanca, Morocco) kata tak batal puasa pun. Atas sebab yang sama dengan nasal spray. Tapi, JAKIM putuskan ianya membatalkan puasa. 

Kalau steroid inhaler untuk chronic use, kebanyakannya pakai 2 kali sehari je, so should be no problem. Tapi kalau ubat inhaler salbutamol yang kita pakai untuk emergency bila datang asma tu, ada khilaf lah. Saya personally akan bagitahu pesakit, kalau dah datang serangan asma, memang dah tak sihat, berbuka saja lah. Allah dah bagi kemudahan untuk berbuka. 

  • Suppositori
  • Enema
  • Pessari
Suppositori dan enema dimasukkan ke dalam dubur. Pessari dimasukkan ke dalam vagina. JAKIM putuskan ubat-ubat ni membatalkan puasa. 


  • Suntikan yang memberikan zat
Contohnya macam, dextrose infusion. Normal saline infusion pun dikira memberikan zat jugak, sebab ianya digunakan untuk re-hydrate badan. Macam minum air lah kiranya. ^^;;


  • Bius menyeluruh 

Diputuskan membatalkan puasa sebab kita akan hilang kesedaran. Biasanya kalau bius menyeluruh ni untuk orang pergi pembedahan. Dah ada pembedahan tu tak kan la nak puasa jugak kan... Sakit sangat dah tu. Huhu.



Bila nak makan ubat?


Kalau ubat 2 kali sehari senang, makan je la waktu sahur dan berbuka. Tapi, ada sesetengah ubat, especially antimicrobial, perlu diambil pada jarak masa yang tepat (ie: mesti di jarakkan 12 jam). Kalau camni, terpaksa lah untuk tidak berpuasa dan ambil ubat ikut timing yang dah ditentukan.

Kalau 3 kali sehari, boleh makan ubat waktu sahur, waktu berbuka, dan sebelum tidur. Contoh macam ubat darah tinggi captopril. Untuk memudahkan pesakit, boleh lah dilonggarkan masa dan makan dos ke-3 tu waktu nak tidur supaya patient dapat berpuasa. Tapi sama jugak lah, ubat yang perlu makan pada timing yang tepat (ie: dijarakkan 8jam), terpaksa lah berbuka ya.

Ubat yang kena makan 4 kali sehari atau 5 kali sehari, takde jalan keluar. Terpaksa berbuka puasa. Lagipun ubat ni biasanya antimicrobial pun. Kalau dah sakit memang disyokrkan berbuka sahaja.


Kalau ubat yang makan selepas makan, straight forward. Makan je dulu makanan masa sahur/berbuka, pastu makan ubat.

Kalau ubat yang makan sebelum makan, waktu berbuka tu, boleh lah berbuka sedikit dengan air dan buah kurma. Makan ubat. Pastu pergi lah solat maghrib dulu ke, baru lah ambil nasi, atau makanan berat lain.

Biasanya ubat yang kena makan sebelum makan tu sebab ada interaksi dengan makanan, dan menyebabkan penyerapan ubat dalam badan kurang. Sebab tu digalakkan ambil masa perut kosong. Kalau nak penjelasan lagi, bolehlah berhubung dengan doktor atau ahli farmasi berdekatan.


Pengambilan ubat kencing manis ketika berpuasa


Pesakit kencing manis ni biasanya ada problem sikit semasa berpuasa. Sebabnya, diorang lebih mudah mendapat masalah hipoglisemia (gula rendah dalam badan) ketika berpuasa.


Tanda-tanda hipolisemia


Kalau di UK, biasanya pesakit yang perlukan insulin memang tidak digalakkan untuk berpuasa. Tapi di Malaysia ni kami masih kasi can la untuk diorang berpuasa. Takut diorang tak mau inject insulin/makan ubat dengan alasan nak berpuasa.

Apa yang perlu dilakukan ialah pengubahsuaian dos.


Long-acting Insulin


Insulatard
Source: www.mims.com


Secara amnya, untuk insulin long-acting (eg: Insulatard, Humulin N, Insuman Basal, Glargine, Detemir) perlu di suntik 1 kali sehari je, biasanya waktu malam. So, takde sangat isu, kecuali kalau pesakit tu ada masalah hipoglisemia kalau suntik dos biasa.

Kalau ada hipoglisemia, boleh kurangkan dos 20 - 50%. Contohnya, kalau dos dia 20 unit, boleh lah kurangkan kepada 10 - 16 unit sahaja.


Short-acting Insulin


Actrapid
Source: www.mims.com

Semua short-acting insulin (eg: Actrapid, Humulin R, Insuman Rapid, NovoRapid) tak payah suntik waktu tengah hari. Insulin short-acting ni di panggil 'prandial insulin', sebab kita suntik cuma untuk kurangkan paras gula lepas makan. Kalau tak makan buat apa nak suntik, betul tak?

So, kalau takde masalah hipoglisemia ke apa ke, boleh je suntik dos biasa, sebelum sahur dan sebelum berbuka puasa. Dos tengah hari tu abaikan je.

Kalau ada hipoglisemia waktu siang, sama juga lah, boleh kurangkan dos insulin bersahur tu sebanyak 20%. Kalau tak bersahur jangan lah suntik. Nanti haru biru jadinya. Tapi pesakit kencing manis diwajibkan bersahur ya! Kalau tak sahur jangan puasa. Nanti pengsan susah... T_T

Kalau gula dah terlebih tinggi (hiperglisemia) selepas berbuka tu, digalakkan suntik dengan dos yang lebih tinggi. Hihi. Biasalah waktu berbuka kita biasa makan sampai kembung perut. Lagipun dos tengah hari dah tak suntik. Common juga lah jumpa patient yang perlu naikkan dos.

Try check gula 2 jam selepas berbuka. kalau lebih daripada 7.0 mmol/L, boleh naikkan dos 2 unit. Tapi sebelum naikkan dos, check at least 3 bacaan dulu lah. Kalau semua tinggi baru naikkan dos. Tapi apa pun, berbincang dulu dengan doktor dan ahli farmasi, OK?


Pre-mixed Insulin


Mixtard
Source: www.mims.com


Pre-mixed insulin ni gabungan long-acting dengan short-acting insulin dalam satu. Contohnya macam Mixtard, Humulin 30/70, Insuman 30/70, NovoMix, etc etc. Dos dia biasanya 2 kali sehari je, sebelum makan.

Untuk insulin jenis ni, biasanya kami akan suruh pakai dos yang lebih tinggi tu waktu berbuka. Contohlah, sebelum puasa dia inject 30 unit pagi, 20 unit malam. Waktu puasa, tukarkan 30 unit tu waktu berbuka, 20 unit tu waktu sahur.

Katakan lah dia ada hipoglisemia kalau inject dose biasa. Kita boleh kurangkan dos dia dalam 20 - 50% jugak untuk dos sebelum sahur tu. So dalam kes ni, boleh lah kurangkan ke 10 - 16 unit sahaja untuk dos bersahur.


Metformin


Kalau biasa makan metformin 2 kali sehari, takde perubahan, makan macam biasa je. Ambil selepas sahur dan selepas berbuka.

Kalau ada makan metformin 3 kali sehari (eg: 500 mg tiga kali sehari) boleh ambil 1 biji waktu pagi, dan 2 biji waktu berbuka. P/s: 1 biji = 500mg metformin.

Tapi kalau makan 750mg @ 1.5 biji tiga kali sehari, waktu sahur makan sebiji setengah dan berbuka makan 2 biji sahaja. Tak boleh makan lebih daripada 1 gram/2 biji ubat metformin untuk setiap dos.


Gliclazide


Gliclazide ni situasi dia lebih kurang macam pre-mixed insulin. Satu biji gliclazide ada 80mg. Dos maksimum 160mg dua kali sehari.

Kalau puasa, kita akan letak dos yang lebih tinggi tu semasa berbuka. Contoh lah dia makan, 160mg pagi, 120 mg petang. Kita terbalikkan. 120mg tu ambil semasa sahur. 160mg tu ambil semasa berbuka.

Kalau puasa, dan dapat masalah hipoglisemia, boleh kurangkan dos gliclazide sahur kepada separuh dos asal. Contoh dalam kes di atas, waktu sahur tu sepatutnya ambil 120mg = 1 biji setengah. Boleh lah dikurangkan kepada 80 mg = 1 biji. Sepatutnya 60mg lah kan, tapi kalau 60mg tu nak kena potong ubat tu 3/4 pulak. Leceh sangat. Dah la tengah sahur ni ngantuk nak pulak potong ubat kecik2. :p


Gliclazide MR


MR tu maksudnya modified release. Formulasi ubat ni spesyel sikit, tak payah ambik 2 kali sehari. Ambik sekali sehari je. Biasanya kalau tak puasa ubat ni kena ambil pagi.

Tapi kalau berpuasa, ambil waktu berbuka sahaja. Kes yang sama juga boleh diaplikasi untuk ubat biji kencing manis lain yang perlu diambil sekali sehari (eg: Rosiglitazone, Sitagliptin, Vildagliptin, Saxagliptin, etc etc).


Acarbose


Acarbose ni, kalau dah bulan puasa, tak payah makan dos tengah hari. Kalau biasa makan 3 kali sehari, makan masa waktu berbuka dan bersahur je. Dos teruskan je camtu, tak payah nak adjust pun. Tapi ingat, ubat ni perlu diambil BERSAMA dengan makanan. Biasanya kami akan cakap, "bersama suapan pertama nasi",

Kenapa? Sebab ubat ni menghentikan breakdown of carbohydrate dalam sistem pencernaan. Kalau sahur makan buah kurma/minum air sirap je, tak payah nak makan acarbose pun takpe. Tapi ingat, kalau dah kencing manis tu wajib bersahur ye! Jangan tak bersahur, nanti dapat hipoglisemia susah...




OK lah tu je dulu kali ni. Penat la type panjang-panjang. InsyaAllah kalau ada penambahan saya akan edit lagi kemudian.

Whatever it is, kalau tak pasti, sila lah berbincang dahulu dengan doktor/ahli farmasi. Kalau malas sangat nak pergi tanya tempat lain, drop je la komen kat sini. InsyaAllah saya reply (cepat atau lambat tu lain cerita eh :p)

Selamat berpuasa! Taqabbalallahu minna wa min kum. (hehe macam dah nak raya pulak wish camni) Apa2 pun, semoga Allah menerima semua amalan kita di bulan Ramadan nanti.

Peace and out!



No comments:

Post a Comment