Monday 12 January 2015

Hati vs Jantung. Liver vs heart.

Hati ke jantung?

Hati? Jantung?

Kadang-kadang saya tengok pesakit keliru dengan dua organ dalaman manusia ni. Kita biasa tengok perkataan 'heart' di ertikan dengan perkataan 'hati' dalam Bahasa Melayu. Tapi, dari segi saintifik, ini sudah salah.


Jantung

Jantung. Source: thetahealth.com

'Heart' merujuk kepada organ yang berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan, iaitu jantung. Darah mengandungi oksigen yang perlu diedarkan ke seluruh badan supaya setiap sel di dalam badan boleh terus hidup. Sekiranya jantung berhenti berdegup, mati lah kita.

Hati

Hati. Source: www.surgery.usc.edu

Hati dalam Bahasa Inggeris adalah 'liver', sejenis organ yang mempunyai pelbagai fungsi seperti:

  • Pencernaan makanan
  • Penghasilan pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh badan (eg: coagulation factor yang penting untuk pembekuan darah)
  • Detoksifikasi. Eg: membuang bilirubin daripada badan
Kalau hati kita sudah rosak, kita akan menghadapi pelbagai komplikasi kesihatan. Ada sesetengah ubat juga tidak boleh diambil oleh orang yang mempunyai masalah hati, termasuklah ubat yang paling selalu kita jumpa: panadol.

Hati boleh menjadi rosak disebabkan pelbagai sebab. Antaranya yang paling common ialah jangkitan hepatitis disebabkan oleh virus. 

Antara tanda-tanda kerosakan hati ialah:
  • Jaundis @ kuning. Badan jadi berwarna kuning disebabkan bilirubin dalam badan berkumpul. Kalau kulit korang hitam2 manis gitu, cuba tengok bahagian mata. Kalau bahagian putih dah jadi kuning, maksudnya mungkin anda jaundis.
  • Bengkak pada bahagian perut dan kaki disebabkan kurang penghasilan albumin
  • Lebam-lebam disebabkan kurang penghasilan coagulation factor
  • Keletihan disebabkan kurang nutrisi
  • Najis berwarna pucat
  • Kencing berwarna gelap
Jadi kalau korang ada symptom2 ni (terutamanya jaundis), sila lah berjumpa doktor! 

OK itu sahaja untuk kali ini. Semoga bermanfaat. 

Peace and out!


1 comment: