Saturday 10 January 2015

Ada Apa Dengan Paracetamol

http://www.youbeli.com/images/products/full/16036.jpg

Panadol. Uphamol. Paracil. Semua orang mesti pernah dengar ubat ni. Ubat paling common untuk orang yang demam atau untuk tahan sakit.



Struktur Kimia Paracetamol
Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Paracetamol

Nama brand dia ada maca-macam, tapi sebenarnya nama ubat ni ialah 'PARACETAMOL'.  Atau pun kalau korang pergi Amerika, diorang panggil ubat ni 'Acetaminophen'. Tak kisah lah apa nama diorang lekat kat label, sebenarnya bahan aktif dalam ubat tu sama je. 

Kegunaan Ubat


Fungsi ubat Paracetamol ialah untuk menghilangkan demam dan menghilangkan rasa sakit (eg: sakit kepala, sakit otot, sendi, etc). 

Paracetamol adalah antara ubat yang paling selamat digunakan. Boleh digunakan untuk bayi, wanita hamil, ibu menyusu, dan orang tua. (P/S: Selamat juka digunakan dengan dos yang betul!)

Dos Ubat


Dewasa: 1g 4 kali sehari. Maksimum 4g sehari. Contohnya, kalau korang beli Panadol 500mg tablet, dalam satu hari korang cuma boleh makan 8 biji saja, sekali makan tak boleh lebih 2 biji, dan jangan lebih 4 kali sehari, lebih kurang 6 jam sekali.

Kanak-kanak: 15mg/kg. Dos kanak-kanak mestilah mengikut berat badan. Contohnya: kalau budak tu berat dia 8 kg, (15 x 8 kg = 120 mg). Jadi, kalau korang ada Syrup Paracetamol 120mg/5ml, korang kasi la budak tu minum 5ml ubat. Tapi maksimum minum 4 kali sehari je.


OK ini personal opinion lah. Walaupun dos paracetamol ialah 1g, 4 kali sehari (2 biji x 500mg tablet x 4 kali sehari), saya personally tak mau pun makan sampai 8 biji. Sebab saya suka ikut berat badan. Guideline dos 1g 4 kali sehari ni datang dari negara-negara barat, di mana rakyat diorang ni memang berbadan besar.

Saya suka lagi ikut dos 15mg/kg untuk orang dewasa. Hehe. Contohlah kan, perempuan dewasa Malaysia (saiz sederhana/kecik) berat dalam 45kg - 50kg. Kalau 50 kg x 15mg, baru 750mg. So, kena makan sebiji setengah je. Maksimum recommended dose untuk sekali makan ialah dalam 20mg/kg. So untuk orang yang berat tak sampai 50kg, tak sesuai sangat lah makan 2 biji terus. Kalau sekali sekala je makan, insyaAllah takde problem pun. Masalahnya cuma untuk orang yang sakit kronik dan makan hari-hari. Lama-lama takut overdose lah. ^^;;


Kenali produk paracetamol


Salah satu punca overdose yang paling common ialah pengambilan pelbagai produk yang mengandungi paracetamol dengan serentak.

Kedai selalu jual produk paracetamol menggunakan nama BRAND. Contoh lah, saya pernah jumpa orang ambil paracetamol dari hospital/klinik kerajaan (Paracil) dan pada masa yang sama ambik jugak Panadol soluble (yang juga mengandungi paracetamol).

Dulu masa saya student pernah ada orang bagitahu saya, "Makan Panadol, kalau sakit, tapi nak lagi kuat makan Uphamol. Kalau sakit sangat ambik dua-dua, jarakkan 2 jam." Ini kenyataan salah yang boleh menyebabkan overdose. Panadol generally satu biji ada paracetamol 500mg. Uphamol ada paracetamol 650mg. Dose paracetamol perlu dijarakkan minimum 4 jam. So kalau 2 jam makan 500mg + 650mg tak ke dah overdose tu...

Kalau kat UK lagi hebat, ada combination ubat yang ada paracetamol + macam2 lagi ubat untuk selesema, batuk, etc etc. Paracetamol + caffeine pun ada. So, ada sesetengah orang yang tak sedar kandungan ubat termakan produk ni bersama dengan Panadol, dan menyebabkan overdose.


Bahaya Paracetamol

Paracetamol  adalah antara ubat yang paling selamat jika diambil dengan cara yang betul. TAPI, kalau di ambil secara berlebihan ubat ni boleh menyebabkan kerosakan hati (liver failure).

Sebagai seorang kakitanya hospital, memang banyak kali dah aku jumpa orang yang cuba bunuh diri dengan makan ubat paracetamol ni, ada yang sampai telan 20 biji terus. Ramai yang tak meninggal pun, tapi merana seumur hidup sebab hati rosak.

Selain memang nak bunuh diri, ada juga yang ter'ambil' overdose disebabkan kurang pengetahuan. Oleh itu, anda perlulah sentiasa peka dengan label ubat dan rajin-rajin lah baca supaya tahu kandungan sebenar ubat tu.

Kalau overdose, ada ubat dia. Di hospital kami biasanya akan guna IV N-Acetylcysteine. Ada jugak ubat biji N-Acetylcysteine, tapi yang ni hospital kerajaan selalunya tak simpan.



Kesimpulannya, tolong lah jangan cuba makan overdose ubat paracetamol. Sayangilah diri anda, dan jangan menyusahkan orang lain yang terpaksa menjaga anda selepas kerosakan organ hati anda.

Peace and out!


19 comments:

  1. Terima kaseh atas pengkongsian & nasihat...

    ReplyDelete
  2. Terima kaseh atas pengkongsian & nasihat...

    ReplyDelete
  3. Kalau ambil panadol bersamaan dengan simvastatin dan antibiotik dlm 1 masa.Ad effect x?
    Sy ad baca klu nk amik simvastatin nie x boleh amik ubat yg lain.Ya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengambilan serentak simvastatin dengan panadol/paracetamol atau antibiotik seperti penicilin, takde bahaya apa2. Simvastatin ni Cytochrome P 3A4 inhibitor, jadi tak boleh diambil bersama dengan substrat Cytochrome P 3A4 yang lain, seperti antibiotik erythromycin. Lebih baik jarakkan.

      Kalau dos simvastatin rendah, tak perlu risau sangat, insyaAllah ok je. Cuma jarakkan masa sikit, tak perlu stop pun. Tapi kalau dos simvastatin tinggi (eg: 80mg), cuba berbincang balik dengan doktor atau ahli farmasi kalau ada alternatif antibiotik yang lain.

      Delete
    2. sekiranya saya ambil 12 biji sekaligus disebabkan tertekan... bole ke

      Delete
    3. Tak boleh. Bahaya tu, sebab dah overdose. Kena cepat2 ke Jabatan kecemasan, dapatkan antidot untuk Paracetamol poisoning.

      Delete
  4. Isteri sy ambil uphamol 650 6 biji sekaligus yg mana sekali mkn total mg3900....sebab dia tertekan stress...adakah merbahaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya tu, sebab dah overdose. Kena cepat2 ke Jabatan kecemasan, dapatkan antidot untuk Paracetamol poisoning.

      Delete
  5. Kalau stress gi makan angin la, jalan-jalan. Bukan makan ubat.

    ReplyDelete
  6. saya demam. so saya makan 4 jenis ubat ubatan. ubat flu (60mg) 1 biji di ambil 3 kali sehari. ubat batuk(-) 2 sudu teh di ambil 3 kali sehari. ubat antibiotic(500mg) 1 biji di ambil 3 kali sehari. ubat buang panas badan(500mg) 2 biji di ambil 3 kali sehari. ada kah boleh menyebabkan overdose ? jika ya. sila nyata kan cara pengambilan ubat yang betul. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  7. Ubat demam sakit urat anarex tablet ibu menyusu boleh mkn ke? Tq

    ReplyDelete
  8. Ubat demam sakit urat anarex tablet ibu menyusu boleh mkn ke? Tq

    ReplyDelete
  9. Kalau ada darah tinggi,jika pening bole ke amk panadol ni?

    ReplyDelete
  10. Kalau utk kanak2 umur 9 tahun dan berat dlm 50kg..berapa dos utk satu hari,boleh tak ambik 650mg..tq2

    ReplyDelete
  11. Dari mana dapat idea makan paracetamol sbb tertekan? kelakar. Kalaulah betul nak ambil ubat kerana tekanan, pergilah jumpa doctor psychiatrist. dia akan bagi ubat penenang.

    ReplyDelete
  12. saya nak tanya saya dah makan paracetamol 500mg 2 biji pukol 11 tapi saya sakit sangat jadi saya makan lagi 2 biji pukol 12 lebih . jadi tak sampai 4 jam pun ada kesan sampingan tak

    ReplyDelete
  13. Tengah mlm tiba tiba batuk dan selsema nasib baik ada panadol soluble boleh kurang kan virus global pandemic covid 19 ! Berkesan sungguh hingga saya boleh sambung tidur balik...syukkur alhamdulilah

    ReplyDelete
  14. Kalau denggi boleh ambik ubat ini ke

    ReplyDelete
  15. Thank you so much for giving this useful information
    Panadol paracetamol medicine

    ReplyDelete