Thursday 15 January 2015

Bahan kimia bahaya! Ye ke?

Assalamualaikum @ Salam sejahtera

Hehe post kali ni kira macam sambungan daripada post 'If it's Natural, It's Safe. Ye ke?'.

OK first, saya nak highlight pendapat-pendapat yang sering digunakan oleh jurujual untuk promote produk diorang:

Makanan xxx 100% organik dan semula jadi, tanpa penggunaan bahan kimia. So bagus untuk kesihatan.

Produk kosmetik xxxx mengandungi mineral semula jadi dan ekstrak aloe vera, takde bahan kimia dan selamat untuk digunakan pada kulit.

Jamu xxxx di buat dari tumbuhan, 100% semula jadi, so lagi bagus dari ubat hospital sebab takde bahan kimia.

Ubat? Ada bahan kimia, tak boleh makan selalu sangat, nanti rosak buah pinggang.




Kalau sebut je perkataan 'bahan kimia' biasanya orang akan fikir yang benda tu tak semula jadi, tak bagus, tak selamat.

Tapi kalau korang concentrate masa belajar subjek kimia time sekolah dulu, mesti korang akan tahu, yang sebenarnya, semua makanan, semua kosmetik, semua jamu, pun ada bahan kimia, tak kisah lah apa sumber asalnya.

Apa itu bahan kimia?


Semua bahan yang kita nampak dan kita sentuh terdiri daripada atom dan molekul. Benda-benda ni semua, adalah bahan kimia.

Struktur etanol
Contohnya, etanol (bahan kimia dalam alkohol yang buat kita high dan mabuk) terdiri daripada 2 atom karbon, 6 atom hidrogen dan 1 oksigen (C2H5OH). Etanol boleh didapati secara semula jadi dalam macam-macam produk tumbuhan melalui proses penapaian. Etanol juga boleh dibuat secara sintetik daripada produk petroleum.


Citric acid
Citric acid pula terdiri daripada C6H8O7. Rasanya kebanyakan orang pun tahu yang citric acid ni bahan semula jadi daripada citrus fruit seperti oren, limau, lemon, etc etc. Adakah ianya juga bahan kimia? Ya.

Semua bahan semula jadi, ada bahan kimia juga. Contohnya: aloe vera, mengikut kajian mengandungi 75 bahan kimia yang aktif. Ini termasuklah vitamin, enzyme, mineral, hormon, salicylic acid, amino acid, etc etc. Sumber: Aloe Vera: A Short Review, Ind Journal of Dermatology

Contoh lain, buah mangga. selain daripada vitamin, dan antioksidan, buah mangga mengandungi pelbagai phenolic compounds seperti chlorogenic acid, gallic acid, vanillic acid, protocatechuic acid, etc etc.

Sama ada selamat atau tidak, itu bergantung pada jenis bahan kimia itu sendiri.

Produk 'organik'

Ada sesetengah pihak yang menggunakan perkataan 'organik' untuk promote produk diorang tanpa memahami makna sebenar perkataan tu. Mengikut penerangan diorang, produk organik tu maksudnya produk yang takde menggunakan 'bahan kimia', tapi ini tidak tepat.

Sebenarnya, bahan organik secara amnya merujuk kepada bahan kimia yang mengandungi atom karbon (C), atau mengandungi karbon dan hidrogen (H). Bahan organik adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh haiwan dan tumbuhan itu sendiri, yang di sintesis secara semula jadi.

Tapi korang ingat jugak lah, tak semua bahan organik pun selamat. Contohnya tetrodotoxin (neurotoxin dalam ikan buntal), ianya bahan organik, dihasilkan secara semula jadi, tetapi sangatlah bahaya,

Struktur kimia tetrodotoxin

Apa itu mineral?

Dulu, pernah ada seorang promoter produk kosmetik menceritakan kepada saya betapa bagusnya produk kosmetik yang dia jual. Katanya mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk kulit.

So, saya tanya dia, mineral apa yang ada dalam produk tu? Zink ke? Kalsium ke?

Terus dia terdiam. Kemudian dia beritahu saya yang dia pun tak pasti,

Lepas tu saya tanya dia, apa kelebihan mineral tu? Apa yang dia buat pada kulit kita?

Dia teragak-agak lagi nak jawab. Lepas tu dia terus bagi jawapan random macam "Jadikan kulit nampak berseri."

Hehe. Dalam hati terus saya tergelak-gelak. Percayalah, kebanyakan promoter produk2 ni sebenarnya tak tahu pun apa yang diorang promote tu. Diorang cuma cakap apa yang diorang disuruh cakap oleh bos diorang. Kalau korang challange dengan ilmu sikit, kebanyakannya akan tergamam. Tapi walaupun saya challange dia, saya still beli lagi produk dia OK. Saje je nak testing dia tahu ke tak :p

Mineral adalah bahan kimia semula jadi. Ianya adalah bahan kimia inorganik (bukan organik) kerana kebanyakannya bukan dihasilkan oleh hidupan dan tumbuhan. Contoh mineral ialah: kristal, batu permata seperti berlian, emas, logam besi, kalsium, garam dan sebagainya.

Ada mineral yang memang penting untuk kesihatan kita. Badan kita memerlukan garam mineral jugak untuk berfungsi dengan baik. Kita perlukan kalsium, potassium, natrium, mangan, kuprum, zink, etc etc. Tapi, kalau terlebih, boleh jadi bahaya. Ada juga mineral yang toksik kepada badan. Jadi kita mesti pandai memilih.

OK lah sampai di sini saja dulu. InsyaAllah saya akan sambung nanti sekiranya ada kelapangan. Kalau ada soalan, jangan segan bertanya.

Peace and out!




No comments:

Post a Comment