Sunday 8 February 2015

Ubat Dari Sumber Semulajadi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya rasa ramai yang tak tahu, sebenarnya banyak ubat yang kita guna hari ni, sebenarnya berasal daripada bahan kimia semula jadi yang dijumpai pada tumbuhan dan haiwan. Seperti yang saya pernah tulis sebelum ni dalam If It's Natural, It's Safe. Ye ke?, sebenarnya tumbuhan pun mengandungi banyak bahan aktif yang mungkin selamat dan mungkin juga merbahaya kepada kita.

Ubat daripada sumber semula jadi


Antara contoh yang paling terkenal: aspirin @ acetyl salicylic acid. Untuk siapa yang tak tahu, aspirin ialah sejenis NSAID (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drug) yang sangatlah luas penggunaannya.



Acetyl salicylic acid @ aspirin. Sumber: wikipedia
Korang boleh ambil aspiririn kalau demam, untuk tahan sakit, atau untuk kurangkan inflammation/bengkak. Dalam minyak urut pun selalunya ada salicylate. P/S: aspirin tidak digalakkan untuk digunakan pada kanak-kanak, alternatif iburpofen boleh digunakan.

Selain tu, aspirin selalu diberikan sebagai ubat untuk mencairkan darah, untuk mencegah berlakunya sakit jantung atau strok.

Willow tree. Srouce: wikipedia

Aspirin berasal dari kulit kayu pokok willow. Kulit kayu pokok ini mengandungi salicylic acid (bahan aktif ubat aspirin). Actually manusia dah mula guna kulit kayu pokok willow untuk merawat demam dan mengurangkan sakit sejak beratus-ratus tahun sebelum masihi lagi. Tapi pada kurun ke-19 barulah ubat aspirin ni terhasil dalam bentuk pil.


Salicylic acid. Sumber: wikipedia

Aspirin @ acetyl salicylic acid ada beza sikit daripada salicyclic acid yang dijumpai dari pokok willow. Untuk tujuan perubatan, saintis telah mengubah struktur kimia salicylic acid kepada acetyl salicylic acid untuk mengurangkan masalah sakit perut akibat pengambilan salicylic acid (sila rujuk gambar di atas untuk mebandingkan perbezaan struktur).

Banyak ubat yang lain pun macam tu juga. Untuk kurangkan masalah kesan sampingan, atau menjadikan ubat itu lebih efektif, saintis akan mengekstrak bahan aktif tulen dari sumber semula jadi dan menukarkan struktur kimia bahan tersebut supaya lebih selamat untuk di ambil.

Contoh feveret aku ialah captopril.

Captopril ialah ubat darah tinggi dalam kumpulan ACE inhibitor. Idea untuk mencipta ubat ini berasal daripada bisa ular,  Bothrops jararaca.  

Spesis ular yang berjasa kepada pesakit darah tinggi :p

Tapi, of course diorang tak ambil bisa ular dan terus jadikan dia ubat. Duh. Bahan aktif dari biasa ular ini diekstrak, dikaji, di ubah strukturnya, barulah dijadikan ubat darah tinggi captopril.

Contoh-contoh ubat yang bersumberkan tumbuhan:

  • Theophylline: ubat asma (daripada koko, teh)
  • Digoxin: ubat jantung
  • Pseudoephedrine: biasanya digunakan untuk selesema
  • Vincristine: anti kanser
  • Taxol: anti kanser
  • Morfin: ubat tahan sakit 
  • L-Dopa: parkinson


Haiwan dan tumbuhan memang kaya dengan bahan-bahan aktif yang berpotensi untuk dijadikan ubat ubat. Sebab tu ramai saintis yang mengkaji dan cuba untuk mengekstrak bahan-bahan aktif dari hutan dan laut. 

Kadang-kadang dukun kampung boleh tolong untuk mengenalpasti bahan-bahan aktif ni. Sebab, ubat kampung yang diorang guna tu mungkin sebenarnya mengandungi bahan aktif ubat yang belum lagi ditemui. 

Cuma, dari segi pandangan ahli farmasi, apa yang dirisaukan ialah, ubat-ubat kampung ini belum di kenalpasti sepenuhnya kandungan dan keselamatan bahan kimia dalam ubat tersebut. Dos bahan aktif dalam daun dan akar kayu susah nak kira. 

Contoh kalau kita ambil digoxin tablet dari hospital, satu biji kita tahu ada 0.25mg. Tapi kalau dalam daun, tak semestinya kandungan dalam dia sama. Digoxin ialah ubat yang mempunyai narrow therapeutic index (ie: kalau kurang dos, ubat tak berkesan. Tapi kalau terlebih dos, boleh menyebabkan masalah jantung). Jadi, sangat-sangat penting untuk pastikan dos ubat yang diambil adalah tepat.

Lagipun, dalam sehelai daun, mungkin ada lebih daripada 10 jenis bahan kimia. Mungkin 1 bahan kimia tu selamat untuk kita makan, tapi yang lagi 9 tu tak tahu apa kesan jangka panjang terhadap badan kita. Ubat dibuat supaya mengandungi bahan aktif yang tulen, tanpa campuran bahan-bahan kimia yang tidak diingini. Sebagai contoh, aloe vera sahaja sudah ada 75 bahan kimia aktif di dalamnya. (Seperti yang sudah di mention dalam entry "Bahan kimia bahaya! Ye ke?".

OK itu saja kali ni. Semoga bermanfaat! :)





No comments:

Post a Comment