Saturday 7 March 2015

Dispensing Separation. Sedikit pendapat.

Makin lama makin banyak saya jumpa artikel pasal Dispensing Separation (DS) dekat wall facebook saya. Kepada yang belum tahu, sekarang ni kerajaan tengah bincangkan tentang possibility untuk memulakan DS di Malaysia.

picture credit to: http://m.fz.com/content/dispensing-doctors-patient%E2%80%99s-interest


Kalau DS ni dilaksanakan, lepas korang pergi jumpa doktor (di klinik swasta), korang cuma dapat preskripsi. Lepas tu korang kena pegi farmasi sendiri untuk beli ubat tu.

Macam menyusahkan kan? Sudah la sakit, dah jumpa doktor kena pulak jalan pergi tempat lain untuk beli ubat. 

TAPI.

Sistem tanpa Dispensing Separation


Masalah pada sistem sekarang ni, doktor (klinik swasta) akan untung lagi banyak kalau diorang bagi lagi banyak ubat untuk pesakit. So, kalau ada doktor yang kurang jujur, diorang boleh senang-senang je caj korang lebih-lebih untuk kasi ubat yang sebenarnya tak penting pun. Eg: kasi antibiotik untuk demam yang disebabkan oleh virus, kasi benda-benda extra macam ubat cacing, vitamin/supplemen, ubat titis hidung, etc etc.

Kalau doktor yang diagnose, doktor yang decide untuk bagi ubat apa untuk pesakit, dan doktor jugak lah yang jual ubat tu kepada pesakit, memang akan ada conflict of interest. Sebab tu la banyak negara lain yang dah mulakan DS berdekad-dekad yang lalu. Malaysia je belum dapat laksanakan, sebab sebelum ni, Malaysia memang kekurangan pharmacist.

Dan juga, setahu saya memang ada klinik yang kasi budak lepasan SPM untuk jadi tukang dispens ubat dekat pesakit. (Saya tahu sebab kawan saya dulu penah kerja kat klinik sambil tunggu result SPM dia). So, takde orang yang double check ubat yang doktor kasi tu, sama ada dos betul ke, boleh guna untuk budak kecik ke, ada interaksi dengan ubat pesakit ke, etc etc.


Doctor vs Pharmacist


Memang doktor ada belajar pasal ubat. Tapi, benda utama yang doktor belajar di medic school bukan pasal subjek ubat. Tugas khas doktor, yang berbeza dengan profesion lain, ialah diagnosis. Diorang tahu pasal struktur anatomi manusia, fisiologi, dan diorang belajar macam2 prosedur penting untuk selamat kan nyawa pesakit.

Pharmacists pulak, kepakaran utamanya ialah dalam bidang ubat. Kami belajar pasal pharmacology, pharmacokinetics, pharmacodynamics, dan drug interactions jauh lebih mendalam daripada doktor. Kami belajar macam mana cara ubat tu berfungsi, kenapa ubat A lebih bagus dari ubat B, apa yang akan jadi pada ubat C dalam badan, apa kesannya pada buah pinggang, etc etc.

Jadi, dari segi logiknya, pharmacist la yang ada hak untuk dispens ubat kepada pesakit. Dan, secara betulnya, memang lah pharmacist dikira pekerjaan profesional. So, kepada doktor di Astro Awani yang selamba kata kami bukan profesional, sesungguhnya anda telah memperbodohkan diri sendiri di kaca TV nasional.


Kelemahan DS (di Malaysia)


Saya dulu belajar di United Kingdom, negara yang memang sudah lama laksanakan DS. So, mentaliti orang kat sana memang lain. Termasuklah mentaliti doktor sendiri. Apa yang saya nampak kat surat khabar, ada doktor klinik swasta yang ugut nak naikkan harga consultation fees kalau DS dilaksanakan.

Actually, tak boleh nak salahkan diorang jugak. Sebab, kalau diorang tak dapat jual ubat pada pesakit, diorang akan kehilangan satu sumber pendapatan yang utama. Sebab, keuntungan dari penjualan ubat ni memang banyak. Sebab tu la ramai pharmacist kerajaan berhenti kerja dan bukak farmasi sendiri. Kalau DS dah dilaksanakan, memang kaya raya lah farmasi nanti.

Kalau di UK, kat sana macam semua doktor pun kerja dengan NHS (NHS tu kira macam kementerian kesihatan diorang). Diorang kira memang ada pendapatan tetap pun, dan NHS yang akan bayar diorang balik lepas diorang tengok pesakit. Sebab tu lah diorang OK dengan sistem DS ni. Masalahnya, kat Malaysia ni lain. Klinik-klinik swasta ni bergantung pada pendapatan dari penjualan ubat. So, of course lah diorang marah kalau sumber pendapatan terancam...

Dan satu lagi, farmasi kat Malaysia tak sebanyak farmasi di UK. Dulu di UK, dalam satu kawasan tu boleh ada 2-3 farmasi. So, senang je la, lepas jumpa doktor, pergi cari farmasi yang memang dekat pun dengan klinik, dalam 5 minit jalan je dah sampai.

Dan jugak, disebabkan banyaknya farmasi di UK, diorang akan lebih competitive, ie diorang terpaksa lah turunkan harga supaya orang beli ubat di farmasi dia je. So, in the end, pesakit jugak yang untung. Berbanding dengan sistem Malaysia sekarang, korang tak tahu pun berapa percent keuntungan doktor tu ambik untuk ubat korang tu. Untuk demam je pun boleh sampai RM100+.

Dengan keadaan sekarang, memang pelaksanaan DS akan membebankan pesakit. Sebab? Doktor akan naikkan harga consultation fees supaya tak perlu tutup kedai. Farmasi pulak tak banyak, dan disebabkan kurangnya competition, farmasi pula yang boleh mengambil untung banyak daripada penjualan ubat kepada pesakit.

TAPI.

Kita kena ingat, sampai bila kita nak teruskan sistem sekarang? Bagi saya, masalah paling utama ialah kemungkinan berlakunya medication error, sebab takde sesapa yang double check ubat yang doktor tu prescribe. Banyak kali dah saya jumpa kat intenet orang circulate gambar ubat Syrup promethazine, yang diberi oleh klinik swasta kepada budak bawah umur 2 tahun (sepatutnya tak boleh). 

Selain tu kena fikir jugak pasal conflict of interest pada doktor yang menjual ubat kepada pesakit. Tanpa cuba ubat yang 'biasa-biasa', doktor swasta suka terus kasi ubat baru yang mahal harga sampai beratus-ratus. Ubat baru tak semestinya bagus. Saya sendiri pernah kena dulu.... Ada doktor swasta terus kasi ubat asma yang harga RM100+ instead of kasi ubat asma standard yang harga tak sampai RM40.

Anyway.

Nak implemen DS perlu tengok dari segala aspek. Buat masa ni memang saya rasa payah sikit la. Dan saya rasa ramai orang tak kan suka. Pharmacist je suka. :p

Tapi, bagi saya, benda ni memang perlu dilaksanakan. DS dah lama pun dilaksanakan di hospital dan klinik kerajaan. Hari-hari kot kitorang (ie: pharmacists) betulkan kesilapan doktor. Semua manusia pernah lakukan kesilapan. So, tak tahu lah berapa banyak kesilapan doktor klinik swasta yang sudah terlepas pandang dan dah sampai pada pesakit.

Fikir-fikirlah hak anda. Peace and out. :)

No comments:

Post a Comment