Saturday 16 February 2019

Thesis Dah Siap! Langkah Seterusnya Untuk Pelajar Postgrad UiTM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama menyepi kat blog ni. Dulu saya pernah share pengalaman mendaftar sebagai student part-time di UiTM. 2 tahun setengah dah berlalu. Sekarang saya nak buat sedikit perkongsian lagi, kali ni tentang pengakhiran proses pembelajaran sebagai seorang Master cadidate di UiTM yang belajar secara part-time.

Banyak dokumentasi perlu disiapkan untuk hantar thesis!





Sebelum ni, saya fikir kalau dah habis thesis, habis lah cerita. Rupa-rupanya, perjalanan masih jauh! Saya sebagai student part-time, memang kurang mendapat pendedahan tentang kitaran hidup pelajar post-grad daripada pelajar senior lain. Jejak kaki ke faulti pun sekali sebulan untuk jumpa supervisor. Memang takde jumpa student lain pun, kecuali kalau sempat join kursus.

Jadi, saya memang blur sikit. Banyak benda tak tahu dan ketinggalan. Ini lah masalah student part-time kan... So saya nak share sedikit sebanyak pengalaman saya dulu. Tapi ini kisah di UiTM ya. Tempat lain saya pun tak tahu macam mana.

Persiapan Thesis


Thesis ni lah bukti hasil titik peluh kita. Kat sini lah kita nak tunjukkan kehebatan kajian kita, betapa pentingnya hasil kajian kita, dan melalui thesis ni lah kita akan di'analyse' oleh examiner nanti.

Korang mesti ingat tau. Thesis perlu ditulis dari masa korang tengah buat research lagi! Bukannya dah dapat data, dah analyse, baru nak tulis. Supervisor saya dulu dari awal dah suruh saya tulis Chapter 2 (Background). Lepas tu, dia terus suruh saya start tulis Chapter 3 (Methodology). Ini penting, sebab sambil kita tulis, kita akan lebih banyak berfikir arah tuju thesis kita dari awal.

Kalau dah hujung-hujung baru nak fikir, bila data dah dapat, baru nak tentukan hala tuju... susah. Takut nanti baru kita sedar ada kesilapan besar kat mana-mana.

Selain tu, pastikan dari awal korang dah pakai thesis template yang disediakan di website IPSIS ni! Pakai template ni untuk elakkan sakit jiwa. Kalau tak pandai pakai Microsoft Word template, boleh pergi kursus atau tengok video kat youtube. Selain tu, boleh juga check Facebook page untuk dapatkan maklumat.

Intention to Submit Thesis


Kalau anda rasa macam dah 80% ready nak submit thesis, sila lah dulu isi borang Intention to Submit. Borang boleh diambil dari website IPSIS. Pastikan lepas dah hantar borang ni, korang akan dapat hantar thesis yang siap sepenuhnya dalam masa 3 bulan.

Kalau untuk orang yang datang fakulti jarang-jarang, pastikan korang plan siap-siap. Bila nak hantar Interntion to Submit, bila nak hantar thesis. Lepas hantar Intention to Submit, check juga yang supervisor korang dah pilih external & internal examiner. Dan pastikan juga semua examiner yang supervisor pilih dah diluluskan oleh fakulti.

Macam kes saya dulu, rupa-rupanya external examiner yang supervisor saya pilih kena reject oleh fakulti. Selagi belum ada examiner yang dah diluluskan, thesis kita tak dapat nak diproses dan dihantar ke IPSIS. Ye lah, diorang tak tahu siapa yang akan check thesis kita kan... macam mana nak hantar thesis. Haha.

Hantar Thesis!


Sebelum hantar thesis, korang kena check for plagiarism dulu. Pastikan semua ni dah dibuat sebelum datang ke fakulti. Kalau tiada laporan plagiarism, jangan harap fakulti nak terima. Check semua borang dan dokumen yang diperlukan, baru datang ke fakulti. Borang semuanya ada di website IPSIS juga.

Satu lagi. Dalam borang untuk hantar thesis tu, di samping tandatangan supervisor kita, korang kena dapatkan tandatangan Head of Graduate Studies di fakulti masing-masing sebelum hantar thesis. Hanya dia sahaja yang boleh sign.

So, kalau korang ambil cuti 1 hari je macam saya, kena pastikan dia ada di fakulti pada hari tersebut. Buat appointment dengan dia awal-awal. Benda macam ni student full-time takkan rasa susah. Bila-bila je boleh pergi ofis dia dan dapatkan tandatangan. Tapi saya dulu punya lah jenuh, sebab ada 1 hari je untuk uruskan semua dokumentasi ni. Penat juga lah.

So basically, korang kena:

  • Dapatkan plagiarism report dari turnitin. Buat 2-3 hari sebelum hantar thesis. Jangan lupa PRINT!
  • Set appointment dengan Head of Graduate Studies untuk dapatkan tandatangan
  • Pergi ke IPSIS Bursary untuk suruh diorang generate bill untuk Thesis Fee (RM1,000)
  • Bayar di cawangan Bank Islam (atau secara online)
  • Pergi ke IPSIS untuk tunjuk resit dan dapatkan tandantangan diorang sebagai pengesahan
  • Balik ke fakulti untuk hantar thesis


Jadi kalau faulti korang di Puncak Alam, bersedialah untuk jadi minah rempit ulang alik Puncak Alam-Shah Alam. Hahaha.

Untuk Master, saya perlu hantar 5 salinan. Banyak betul. 1 untuk external examiner, 1 untuk internal examiner, lagi 3 tu miscellaneous. Dalam website IPSIS ada mention yang thesis kita kena ikut format, print kertas 80gsm, tak boleh fotostat, etc2.

Tapi sebenarnya, itu untuk thesis FINAL untuk hardbound copy nanti. Masa saya dulu, diorang tak check pun benda-benda ni. So kalau korang print satu copy dan fotostat lagi 4 salinan pun takpe. Jimat duit. Rugi dulu saya tak tahu. Huaa.

Tapi saya nasihatkan, untuk binding pakailah spiral bound. Jangan pakai jenis comb tu. Sebab kadang-kadang kertas terkeluar daripada comb binder, lagi-lagi kalau thesis tu tebal. Kita nak kasi examiner baca thesis kita, pastikan keadaan thesis kita tu tiptop. Jangan sampai dia rasa annoyed dengan benda yang remeh-temeh.

Berita baik: lepas dah submit thesis untuk examiner baca, kita boleh dapatkan diskaun untuk yuran semester-semester yang seterusnya! Hanya perlu bayar RM50 sahaja untuk dapatkan pengekalan status sebagai student. Jimat seribu lebih. Heee.

Tapi, lepas dah submit thesis, untuk daftar semester baru tak boleh daftar online. Lol. Kena isi borang hard copy, dapatkan tanda tangan Head of Graduate Studies lagi, kemudian hantar borang by-hand kepada IPSIS. Perjalanan Puncak Alam ke Shah Alam lagi. Seksanya lah. Dah la tempoh pendaftaran ni agak pendek kan, dalam 3 minggu macam tu. So kena lah ambil cuti lagi untuk uruskan benda alah ni.

Viva


Jeng jeng jeng. Tibalah saat yang dinanti-nantikan. Biasanya, viva akan dibuat dalam 2-3 bulan selepas thesis dihantar. Macam saya dulu, submit thesis awal bulan Ogos. Viva awal bulan November.

Apa yang perlu korang buat sebelum viva?

Basically, membaca dan membaca. Baca balik thesis kita tu. Tak kisah lah korang ni hati-hati macam mana pun, mesti ada error jugak yang korang jumpa balik. Lagi-lagi kalau kita baca balik thesis tu lepas 2 bulan tak tengok. Hahaha.

Tapi jangan risau. Kalau korang jumpa any error, at least korang boleh take note dan bersedia kalau examiner tanya masa viva nanti.

Buat mock viva. Berlatih dengan supervisor. Dengan kawan-kawan. Ataupun kalau ada abang/kakak yang kerja sebagai lecturer, boleh berlatih dengan diorang. Saya dulu kena hentam teruk dengan abang & kakak saya, lol. Tapi masa viva sebenar okey je. So saya dah berlatih perasaan kena hentam dan terasa speechless tu awal-awal. Lol.

Kalau korang dah biasa pergi konferens, buat public speaking, viva ni okey je, insyaAllah. Yang penting, korang kena konfiden, dan korang kena tahu thesis korang from cover to cover!

Macam saya dulu, saya dah tandakan siap-siap bahagian thesis saya yang saya rasa mungkin examiner akan tanya lebih lanjut, dan bahagian yang saya rasa ada data penting yang mungkin saya perlu rujuk semula. Letak post-it note yang warna-warni tu. Boleh colour-code ikut kesesuaian.

Pada hari viva, pastikan korang datang on time tau! Examiner saya dari Pulau Pinang, dia sampai lewat. Tapi examiner lewat takpe, jangan candidate yang lewat. Kalau sempat buatlah solat sunat hajat. Doa supaya kita lancar berkata-kata, supaya dipermudahkan. Tak payah lah nak study last-last minute sangat.

Sementara tunggu examiner sampai dalam bilik viva tu, supervisor saya ajak sembang pasal Marvel superheroes la pulak. Hahaha. Saja kot dia nak suruh saya rilek dan jangan fikir pasal viva tu. Panjang kami bersembang. Habis keluar kisah Thanos, Iron Man, bagai. Kebetulan hari tu adalah hari pertama movie Fantastic Beasts no. 2 tu keluar. Sempat jugak la sembang pasal ke'macho'an Jude Law. Kah kah!

Alhamdulillah. Viva berjalan lancar. Keputusan viva ni ada empat jenis:

1) Pass with no correction. Ini lah impian ramai orang (rasanya). Tapi saya tahu saya takkan dapat sebab awal-awal lagi saya dah perasan ada error dalam thesis saya. Haha. Kalau korang pass with no crorrection, boleh terus je print thesis hardbound. Tapi kena hantar dalam masa 2 minggu selepas viva. Rushing juga lah. Tak sesuai untuk part-time students. Huu. Ingat senang ke nak cuti last minute?

2) Pass with minor correction. Ini yang saya dapat. Ada sikit-sikit pembetulan yang examiner cadangkan kita buat. Lepas dah buat correction, kena hantar pada internal examiner untuk dia check balik, dan kita kena senaraikan setiap satu correction yang kita buat tu sekali dengan page number untuk memudahkan examiner tersebut. Borang berkaitan akan diberikan oleh pihak fakulti. Untuk minor correction, korang kena hantar final hardbound dalam masa 6 bulan.

3) Pass with major correction. Oh yang ni horror sikit. Biasanya siapa yang ada major correction kena buat data collection balik. Ada la tu some fundamental error kot dalam methodology, mungkin? Ada juga yang kena viva balik, omg! So, masa yang diberikan pun lebih lama. Final hardbound thesis mesti dihantar dalam masa 1 tahun.

4) Fail. Yang ni paling sedih. Semoga kita dilindungi daripada nasib seperti ini. Huhu.

Orait, so saya pass with minor correction. What's next?

Hardbound Copy Submission


Hmm. Ingatkan lepas viva dah bahagia. Rupanya banyak lagi nak kena buat. Pertama sekali, kena buat pembetulan. Pastikan korang dapat balik thesis yang external dan internal examiner baca supaya korang boleh tengok pembetulan yang ditandakan dalam thesis tu.

Sila buat dokumentasi elok-elok untuk setiap pembetulan yang dibuat (eg: paragraph & page number sebelum dan selepas), dan catat satu persatu, sebab benda ni perlu dihantar bagi memudahkan internal examiner check balik pembetulan yang korang dah buat.

Lepas dah siap pembetulan, print semula satu salinan dan hantar kepada fakulti berserta dengan thesis yang internal dan external examiner tanda. Jangan terlupa bawa macam saya dulu. Hahaha. Tak pasal-pasal kena drive balik rumah. Sandi betul.

Kemudian, tunggulah internal examiner periksa balik thesis anda. Kalau pembetulan sikit patutnya tak lama pun. Saya dulu tak sampai sebulan pun. Saya yang ambil balik thesis tu lambat sebab tak dapat cuti lebih awal. Huhu.

Dan seterusnya, tibalah saat yang paling menyakitkan kepala. Format checking by IPSIS. Hahaha. Saya tak tahu universiti lain ada tak proses ni. IPSIS wajibkan semua student pakai format thesis yang diorang dah sediakan. Boleh rujuk website IPSIS. Sekarang dah pakai template version 4.0. Tapi ada je lari sikit-sikit dan korang kena betulkan secara manual. Pastikan korang ikut betul-betul saiz margin tu. Diorang check pakai pembaris tau! Kalau lari lebih daripada 2mm diorang reject! OMG sangat particular... =_=

Korang kena buat appointment dulu, tak boleh suka suki walk-in je. Nak buat appointment, sila call nombor ni: 03-55225572. Try to call paling lewat 1 minggu sebelum, untuk elakkan korang kecewa. Pastikan korang bawa hardcopy thesis yang dah dibetulkan, print thesis format guideline, dan borang-borang berkaitan macam Endorsement daripada supervisor & examiner, dan borang senarai pembetulan.

Lepas check, kalau semuanya betul, alhamdulillah. Saya dulu ada beberapa pembetulan. Yang paling leceh, saya tak perasan caption untuk Table mesti tulis Table number dan description pada line berbeza. Habis lari page. So banyak juga yang kena print balik.

Alhamdulillah saya pass pada semakan no. 2. So dapat kelulusan untuk print hardbound thesis. Biasanya diorang akan suruh hantar dalam bulan sama, sebab tarikh submission yang ditulis di kulit thesis tu kena sama dengan tarikh arahan hantar hardbound thesis. Tapi saya tak dapat cuti lagi masa tu, jadi saya tangguhkan penghantaran thesis pada bulan seterusnya.

Lepas dah print thesis hardbound (3 salinan) dan juga CD mengikut format yang ditetapkan, kita kena buat appointment balik. Diorang akan check dulu hardbound thesis tu sebelum hantar. Kalau ada kesalahan kena buat pembetulan lagi! OMG. Alhamdulillah saya punya thesis OK je. Jadi terus lah dapat hantar thesis. Oh ya, saya cadangkan buat extra copy untuk CD Thesis. Macam saya dulu, for some reason fakulti nak 2 salinan sebab nak bagi satu kat library. Nasib baik ada ekstra, sebab ada kawan dah warning awal-awal. Takpe la bayar ekstra RM7 daripada nak pergi printing shop lagi kan, buang masa & tenaga je... Huhu.

Selain hantar di IPSIS, kita kena hantar sendiri juga ke fakulti. So, ulang alik lah lagi dari Shah Alam-Puncak Alam.

Tapi, lepas tu, habis! Selesai semua urusan untuk siapkan Master. Tinggal tunggu nak grad. Yahuu!

Bukti tamatnya perjalanan Master saya :D

Sekian saja perkongsian saya sedikit sebanyak. Kalau nak tanya apa-apa silakan. Kalau dapat bantu saya bantu.

Bye~


11 comments:

  1. thank for sharing, sgt bermanfaat buat saya

    ReplyDelete
  2. Mcm mana nak dapatkan borang pembetulan selepas viva?

    ReplyDelete
  3. sy hntr tahun yg sama. bulan 2..sy dpt without correction.. alhamdulillah.. buat mode parttime.. berulang perak shh alam

    ReplyDelete
  4. Thank you so much for the info. Sgat membantu utk saya bajet masa utk submit hardbound before deadline.

    ReplyDelete
  5. untuk hantar thesis, berapa % turnitin ya Izzati? Kalau DRP ada mentio di website ipsis less than 30%. Bagaimana kalau thesis?. Tq

    ReplyDelete
  6. untuk hantar thesis, berapa % turnitin ya Izzati? Kalau DRP ada mentio di website ipsis less than 30%. Bagaimana kalau thesis?. Tq

    ReplyDelete
  7. terima kasih puan. maklumat ini sangat membantu.

    ReplyDelete
  8. adakah ringkasannya,
    print thesis 1 spiral bound (sv semak),
    kemudian, print thesis 5 spiral bound (internal/external/miscellaneous semak),
    kemudian, print thesis 1 spiral bound (correction verification)
    last sekali, print thesis 3 hardbound + 2 CD (tamat)

    kan?

    ReplyDelete
  9. Casino Games & Casinos - Jtm Hub
    Learn 동두천 출장샵 the basics of casino games and 파주 출장샵 how you can 군산 출장마사지 play them. Learn about the 전라남도 출장샵 different casino games and how you can win 라이브스코어 money with them.

    ReplyDelete
  10. very informative

    ReplyDelete
  11. "Berita baik: lepas dah submit thesis untuk examiner baca, kita boleh dapatkan diskaun untuk yuran semester-semester yang seterusnya! Hanya perlu bayar RM50 sahaja untuk dapatkan pengekalan status sebagai student. Jimat seribu lebih. Heee."

    Assalamualaikum. Boleh explain lebih detail utk paragraph ini? Maksod nye yuran sem seterusnya utk viva hanya rm50?
    Harap sudi membantu

    ReplyDelete