Saturday 20 January 2018

RVD, HIV, AIDS. Sedikit pencerahan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rasanya ramai yang pernah dengar akronim-akronim di tajuk ni. Tapi mungkin ramai yang kurang pasti apa sebenarnya persamaan dan perbezaan di antara makna akronim tersebut. Jadi, dalam post kali ni saya nak menulis secara panjang lebar, terutamanya tentang HIV.

Apa itu RVD, HIV dan AIDS?

Source: www.avert.org



Definisi


RVD merujuk kepada Retro-viral Disease, iaitu penyakit yang berpunca daripada virus dalam kategori Retrovirus. Retrovirus mempunyai keupayaan untuk menukarkan RNA virus kepada DNA yang akhirnya akan diasimililasikan ke dalam DNA kepunyaan sel yang telah dijangkiti. Dengan kata lain Retrovirus ni boleh hijack kita punya sel, dan masukkan DNA virus ke dalam DNA kita, supaya sel badan kita yang dah berjangkit tu, akan tolong sebarkan virus! Hebat kan. Kira macam dia dah 'rasuk' sel kita. Sebenarnya ada banyak jenis Retrovirus, tapi yang paling terkenal ialah HIV.

HIV merujuk kepada Human Immunodeficiency Virus. Ia adalah sejenis Retrovirus. HIV akan menyerang sel darah putih kita, yang sepatutnya berfungsi untuk melawan jangkitan kuman. Tapi, kalau sel darah putih kita dah berjangkit, dia pulak yang akan hasilkan HIV dan sebarkan HIV kepada sel darah putih yang lain.

AIDS merujuk kepada Acute Immuno-Deficiency Syndrom. AIDS akan dihidapi oleh pesakit yang dijangkiti HIV yang tidak mendapatkan rawatan, sehingga menyebabkan sel darah putih mereka menjadi terlalu rendah lalu melemahkan sistem imun badan. Ini menyebabkan badan mereka tidak lagi mampu melawan kuman. So, jangkitan kuman biasa yang sepatutnya tak kan membunuh pun, boleh jadi sangat merbahaya pada pesakit AIDS.

Dengan kata lain, RVD tu adalah sejenis penyakit. HIV adalah sejenis penyakit jenis RVD. Sesetengah pesakit HIV yang tidak dirawat akhirnya akan menghidap AIDS.


HIV: Sejarah & Prevalens


HIV Prevalence
Source: http://www.osphcdb.com/viewhiv.php

Virus HIV dipercayai berasal daripada primat (beberapa spesis monyet dan chimpanzee). Epidemik HIV yang pertama berlaku di benua Afrika pada tahun 1970-an dan kemudian merebak ke Amerika Utara pada tahun 1980-an. Kes HIV pertama di Malaysia ditemui pada tahun 1986 (orang Malaysia yang tinggal di Amerika).

Siapa sebenarnya yang selalu dapat HIV?

Ada 4 golongan berisiko tinggi, iaitu:

  1. People who inject drugs (PWID). Penagih dadah yang pakai dadah jenis injeksi
  2. Male having sex with male (MSM). Ini termasuk lelaki homoseksual dan biseksual
  3. Sexual worker
  4. Transgender

Menurut data tahun 2016, kadar prevalen HIV di Malaysia  ialah 0.45%. Kiranya macam, dalam 10,000 penduduk Malaysia, 45 orang ada HIV. Banyak jugak tu.

Malaysia adalah negara ke-7 di Asia dengan kadar HIV tertinggi (data tahun 2016). Ni dia ranking bagi siapa yang berminat nak tahu:


  1. Thailand
  2. Papua New Guinea
  3. Myanmar
  4. Kemboja
  5. Vietnam
  6. Indonesia
  7. Malaysia~~~
Dalam ranking sebelumnya, India no. 1, dan ada negara lain seperti Pakistan. Sekarang, kebanyakannya adalah negara Asia Tenggara. Hmm. Dan, untuk pengetahuan korang, sebelum ni Malaysia no. 8. So kita naik satu tangga. Sedih.


Untuk pengetahuan anda juga, dari tahun 2000 hingga 2015, kadar transmisi HIV di Malaysia menurun sebanyak 50%! Sebelum ni, cara utama transmisi HIV adalah melalui penggunaan jarum suntikan di kalangan penagih dadah.

HIV Epidemic shift di Malaysia. Peratusan kes HIV di kalangan PWID menurun (warna ungu). Sekarang kebanyakan kes HIV disebarkan melalui hubungan seks, dan sekarang semakin menular di kalangan MSM.

Namun, Malaysia mula mengalami 'epidemic shift'. Sekarang, kadar transmisi HIV adalah paling tinggi melalui hubungan seks. Asalnya HIV tinggi dikalangan heteroseksual, yang ada multiple sex partners (dulu kita panggil seks rambang). Tapi, sekarang golong MSM yang mula 'menjuarai' kadar transmisi HIV. Kalau ikutkan, bilangan penduduk Malaysia yang mengamalkan homoseksual adalah jauh lebih sikit berbanding heteroseksual. Berapa peratus sajalah kan. Tapi, proportion MSM yang menghidap HIV sangat tinggi berbanding kumpulan lain. Ini menunjukkan kadar prevalens HIV di kalangan MSM adalah tinggi.

Kenapa MSM berisiko?

Sebab, risiko untuk dapat HIV daripada anal sex (masuk penis dalam lubang punggung) adalah kira-kira 15 kali lebih tinggi berbanding vaginal sex (masuk penis dalam vagina). Bukan saja HIV, kebanyakan penyakit kelamin memang lebih mudah dijangkiti melalui anal sex (contoh: syphillis). 

Kenapa pulak camtu? Secara semulajadi, vagina memang ada lebih banyak lubricant, jadi ada perlindungan. Anus (lubang punggung) kurang lubricant, jadi lebih senang luka, dan lebih senang dapat kuman.

Dan sekarang, Malaysia menghadapi zaman kenaikan kadar transmisi HIV. Ada banyak faktor kenaikan ni, antaranya ialah kenaikan jumlah MSM di Malaysia. Ini termasuklah lelaki homoseksual dan juga biseksual. Homoseksual perempuan mempunyai risiko yang lebih rendah.

Jadi, sekarang HIV bukan lagi dikaitkan dengan penagih dadah sahaja, macam 15 tahun dulu. Bukan cuma dihidapi oleh golongan yang tak berpendidikan atau miskin. Sekarang pesakit HIV mungkin adalah pensyarah, businessman, penjawat awam atau pelajar IPTA yang mengamalkan seks berisiko tinggi (seperti MSM atau multiple sex parters). Ramai pesakit HIV yang saya jumpa boleh dikira hebat dan berpelajaran tinggi.

Apa yang kita risaukan ialah, kadar perkahwinan MSM dengan perempuan berisiko rendah adalah semakin tinggi. Jadi dikhuatiri HIV akan menembusi 4 populasi berisiko tinggi kepada general population, seperti yang berlaku di Afrika. Oleh itu, kesedaran dan langkah pencegahan adalah sangat-sangat penting!

Sekiranya anda merupakan seorang yang mengamalkan cara hidup yang menyebabkan anda berisiko tinggi untuk mendapat HIV, silalah melakukan pemeriksaan HIV secara berkala, 6 bulan sekali.


Cara HIV merebak


Secara amnya, HIV cuma akan merebak melalui body fluids seperti darah, semen, vaginal discharge dan susu. 

HIV TAK BOLEH merebak melalui air liur, air kencing, najis atau sentuhan. So kalau orang HIV positif bersin sebelah korang, tak perlu risau pun. Makanan dan tandas pun boleh kongsi. Jadi, kalau dulu diorang kawan korang, diorang still lagi boleh jadi kawan korang walaupun dah disahkan ada HIV. Boleh makan sama-sama, boleh bersukan sama-sama (dalam peluh takde HIV). Nak peluk pun OK, takde masalah. In fact, they might need a hug.

Just jangan buat unprotected sex je, ok?

Itu pun, tak semestinya sekali buat seks dengan pesakit HIV akan terus dapat HIV. Ada faktor lain juga, macam vaginal vs anal intercourse. 

Tapi, kalau korang terima darah yang diderma oleh pesakit HIV, ada 90 - 95% chance of getting HIV. Tapi syukurlah, sekarang Malaysia sentiasa akan screen semua darah yang orang awam derma untuk pastikan takde HIV. Tapi, kalau korang pernah terima darah sebelum 1986, mungkin risiko tinggi sikit. Dan, kalau korang mengamalkan gaya hidup berisiko tinggi (PWID, MSM, sex worker, transgender), kurang digalakkan untuk menderma darah, sebab kita risaukan transmisi kuman. 


Ada satu lagi cara merebak utama yang saya belum saya sebut, iaitu dari ibu kepada anak. Ini yang kita panggil "vertical transmission" (seperti yang tertulis dalam graph di atas). 

Virus HIV boleh melepasi lapisan plasenta untuk masuk ke dalam darah bayi dan menjangkiti bayi dalam kandungan. 

Risiko jangkitan juga boleh berlaku semasa proses kelahiran (waktu baby lalu kat serviks dan vagina masa nak keluar perut tu). Waktu ni juga risiko jangkitan syphillis adalah paling tinggi. Sebab tu, untuk ibu-ibu dengan jangkitan HIV yang tidak terkawal, mungkin doktor akan cadangakn supaya membuat kelahiran secara pembedahan. Sebabnya ialah untuk mengelakkan bayi berjangkit.

Dan yang paling penting (sebab ramai orang tak tahu): HIV boleh berjangkit melalui susu ibu! 

Sebab itulah, sangat-sangat penting untuk ibu yang HIV positif tidak menyusukan bayi. Dan disebabkan ini jugalah, Kementerian Kesihatan Malaysia memang ada bekalkan susu formula kepada ibu yang HIV positif secara percuma sehingga bayi tu berumur 2 tahun.

Buat masa sekarang, kadar jangkitan dari ibu ke anak di Malaysia adalah sangat rendah. And let us work together to keep it that way. :) Elakkan ada mana-mana pihak menyibuk yang tak tahu usul pangkal cerita sibuk-sibuk nak judge ibu-ibu yang tak menyusukan anak ni. They might be doing it because of health reasons!

Prognosis


Selepas dijangkiti HIV, walaupun TANPA RAWATAN, pesakit mungkin boleh hidup sehingga 10 tahun (bergantung juga pada sistem imun dan ajal masing-masing huhu). Dan kalau korang nak tahu, waktu ni diorang maybe takde apa-apa tanda pun. Kalau waktu mula-mula dapat HIV, dalam 2 hingga 6 minggu pertama tu biasanya simptom penyakit pun tak spesifik, macam demam, selesema, kulit gatal, cirit-birit. So susah betul nak kesan kalau tak buat HIV test. 

Walaupun takde simptom yang jelas, waktu ni pesakit tu dah boleh menjangkitkan HIV pada orang lain. 

Secara perlahan-lahan, penyakit menjadi semakin teruk. Sel darah putih makin menurun dan virus semakin beranak pinak. 

Kalau rawatan tak diberikan, lama kelamaan akan menjadi AIDS. Waktu ni sel darah putih dah terlalu rendah (CD4 kurang daripada 200). Jangkitan oportunistik seperti Toxoplasmosis, Kaposi sarcoma, Pneumocystic pneumonia, Penicillosis, Cytomegalovirus, dan sebagainya mula muncul. Waktu ni, kadar kematian sangat tinggi.

Biasanya orang mati bukan disebabkan AIDS itu sendiri. AIDS cuma merujuk kepada keadaan di mana sistem imun kita lemah. Kalau takde kuman yang datang, insyaAllah takde lah sakit/mati pun. Masalahnya orang yang dah ada AIDS akan dijangkiti oleh jangkitan oportunistik, yang datang dari kuman yang biasanya tak membahayakan sangat pun. 

Contohnya macam Toxoplasmosis. Punca penyakit ni datang daripada sejenis protozoa yang boleh didapati di dalam najis kucing. Kebanyakan pemilik kucing biasanya memang ada protozoa ni dalam badan diorang. Untuk orang yang sistem imun sihat, protozoa tu tak boleh bahayakan kita. Tapi, untuk orang yang menghidap AIDS, sistem imun dia tak mampu nak lawan protozoa tu. So, dapatlah jangkitan sehingga ke otak.

Sebab tu lah dipanggil jangkitan oportunistik. Jangkitan ni berpunca daripada kuman yang biasanya dah ada pun dalam badan kita, dan sepatutnya tak mampu nak membunuh kita pun. Tapi, lepas imun sistem kita lemah, they attack with a vengeance.


Saya muda lagi. Boleh ke saya kahwin dan ada anak?



Saya selalu dapat soalan ni daripada pesakit yang baru mula makan ubat.

Kalau dah mula makan ubat, insyaAllah virus akan berhenti merebak. Dengan rawatan, ada orang hidup berpuluh-puluh tahun sampai tua, beranak pinak. Dengan syarat, ubat MESTI diteruskan. Tak boleh berhenti. Sebab ubat yang kita ada sekarang cuma boleh kontrol penyakit, tapi tak boleh sembuhkan penyakit. Belum lagi orang jumpa penyembuh untuk HIV.

Bila mula makan ubat ada dua benda utama doktor akan tengok untuk melihat keberkesanan ubat:

  1. CD4 - sejenis sel darah putih. Untuk orang yang tengah teruk, CD4 akan sangat-sangat rendah. Kalau ubat berkesan, CD4 akan meningkat semula.
  2. Viral load - basically kita kira ada berapa virus dalam 1 ml darah. Kalau boleh kita nak Viral load ni jadi serendah yang boleh, sampai ke tahap "undetectable"

Kalau CD4 dah naik, Viral load dah rendah, boleh lah mula berbincang dengan doktor sekiranya ingin mendapatkan zuriat. Tapi pastikan kena bincang doktor dulu. Kalau doktor kata selamat, baru boleh teruskan ya.

Ubat untuk HIV


Ada banyak jenis ubat untuk HIV. Ubat-ubat ni dipanggil antiviral, dan berfungsi dengan cara menghalang HIV daripada terus membiak. Cara ubat ni bertindak dengan pelbagai cara. Contohnya:

  • Mencegah HIV daripada bergabung dengan sel darah putih
  • Menghalang penghasilan DNA virus di dalam sel darah putih
  • Mengelakkan asimilasi DNA virus dengan DNA sel darah putih. 
  • Menganggu pembentukan protein yang diperlukan untuk menghasilkan virus HIV yang baru

Untuk pesakit HIV, biasanya perlu mengambil 3 jenis ubat. Ini adalah gold standard daripada WHO (World Health Organisation). Kenapa nak kena makan sampai 3 jenis? Sebab nak elakkan drug resistance. 

Apa itu drug resistance?

Nama melayunya ialah "kerintangan ubat". Maksudnya, ubat yang asalnya berkesan untuk lawan HIV, tiba-tiba dah jadi tak berkesan. 

HIV, seperti kuman yang lain, kadang-kadang boleh berubah atau mutasi. Kadang-kadang mutasi ni menyebabkan dia jadi kebal dengan ubat HIV. 

Sebab tu nak makan sampai 3 jenis ubat sekali gus. At least kalau tak berkesan dengan Ubat A, ada lagi Ubat B dan C yang boleh jadi back up.

Contoh rupa ubat: Efavirenz

Contoh-contoh ubat yang biasa didapati di Klinik Kesihatan:

  1. Efavirenz
  2. Nevirapine
  3. Zidovudine + Lamivudine (kombinasi 2-dalam-1)
  4. Tenofovir + Emtricitabine (kombinasi 2-dalam-1)

LOL. Mesti korang pening tengok nama-nama ni. Tapi untuk orang yang menghidap HIV, penting tau untuk ingat nama ubat. Sebab kadang-kadang jenama ubat ni bertukar (ie: kita dapat daripada company yang berbeza, tapi bahan aktif ubat masih sama). Bila tukar jenama, rupa ubat pun boleh bertukar. So, pesakit kena sentiasa peka dengan nama ubat supaya tak keliru.

Satu lagi, sebaik sahaja sudah mula makan ubat untuk merawat HIV, tolong JANGAN berhenti. Kita takut, lepas berhenti, virus kebal akan mula berleluasa dan menyebabkan lepas kita makan balik ubat, langsung tak berkesan dah. Sebab tu biasanya sebelum mula makan ubat, doktor akan tanya dulu: Dah bersedia ke?


P/s: Untuk pesakit HIV, ubat diberikan secara percuma oleh Kementerian Kesihatan.

Ubat Tradisional Untuk HIV?


Di sini saya nak menegaskan, buat masa ini, ubat HIV hanyalah untuk mengawal penyakit. Masih belum ada penyembuhnya. Saya tahu di luar tu ramai sangat orang yang buat bermacam-macam claim yang mengatakan mereka boleh menyembuhkan HIV.

Baru-baru ni saya jumpa ada post di Facebook tentang ubat antiviral yang diberi oleh golongan penunggang agama. Katanya boleh sembuh selepas 6 bulan (kos sebulan RM600), siap suruh makan 5 kali sehari lepas solat. Wow. Sejuk perut dengar kan?

Tolong lah, jangan begitu mudah percaya.

Yang diorang mahu cuma wang semata-mata. Kalau lah betul-betul ada penyembuh untuk HIV, kami di bahagian kesihatan ni la yang paling cepat akan pakai ubat tu. Sebab kami lah yang paling gembira kalau pesakit sembuh. Serius ni. (Gembira sebab sembuh, dan gembira sebab bilangan pesakit yang datang berkurang hehe). 

Sebelum terpengaruh dengan mana-mana claim ni, sila bertanya dengan doktor anda terlebih dahulu. Walaupun teringin nak cuba rawatan komplementari/tradisional, pastikan korang jangan tinggalkan terus temujanji doktor. CD4, viral load, tahap kesihatan buah pinggang, hati, mata, dan sebagainya perlu dipantau. 


Elakkan Gaya Hidup Berisiko Tinggi


Bahagian ini ialah pendapat peribadi saya. 


Anal sex adalah aktviti berisiko tinggi, terutamanya untuk orang yang "di bawah". Senang dapat jangkitan kuman. Senang dapat HIV. Senang dapat jangkitan kelamin. Mengikut statistik, penyakit kelamin paling common dikalangan umur 18 - 29 tahun, dan 69% of them adalah homoseksual. 

Kalau dah aktiviti tu berisiko, baik elakkan saja, betul tak? 


Multiple sex partners. Berisiko. Lagi-lagi lah kalau ambil perkhidmatan sex workers yang dari luar negara. We'll never know what they have. Ingat, Thailand paling tinggi kadar HIV di Asia. Vietnam, Kemboja, pun tinggi. Kadang-kadang penyakit kelamin ni simptom nya kita tak nampak. So tak semestinya kalau dia ada penyakit kelamin kita akan terus nampak biji-biji merah kat kemaluan dia. Kadang-kadang tersembunyi.

Apa salahnya mengamalkan monogami? Tak baik cari orang lain banyak2. Setialah pada yang satu. Hihi.


Dadah. Jangan, please. Kalau nak cerita kesan buruk dia, memang berjela-jela lah panjang nak tulis. Dadah boleh hancurkan hidup orang. Tengok artis yang dah terjebak. Tengok apa jadi pada orang yang dah terjebak. Hilang keupayaan berfikir waras. Mencuri, membunuh. Mak ayah pun ada yang sanggup bunuh. Lepas tu otak rosak sepanjang hayat. 

Not worth it. At least kalau tak risau diri sendiri, cuba fikirkan keluarga & rakan taulan atau orang-orang tak bersalah yang mungkin akan jadi mangsa... 


Tapi, kalau nak juga amalkan hidup berisiko ni, kena ingat:

Sentiasa pakai kondom. Kondom boleh elakkan penyebaran penyakit kelamin termasuklah HIV. Kalau nak, ada sesetengah klinik boleh kasi percuma. Kalau boleh, guna lah lubricant untuk jadi pelincir.

Cara menggunakan kondom.
Disclaimer: Gambar dicuri dari Google Image :p


Untuk MSM, cuba lah juga untuk elakkan hubungan dengan some random guys yang korang tak kenal pun. Bukan nak takutkan lah, tapi di area KL ni, prevalens HIV di kalangan MSM adalah hampir 9 kali ganda lebih tinggi. Try to avoid seks beramai-ramai.

Kalau dah terbuat seks dengan orang yang kita syaki ada HIV, ada ubat yang boleh diambil untuk kurangkan risiko dapat HIV. Kalau nak, boleh ke Klinik Kesihatan dan dapatkan preskripsi. Tapi ubat kena beli sendiri, takde subsidi kerajaan.

Kalau katakan dah memang suka & selalu buat seks dengan multiple partners, ada juga solution dia. Boleh dapatkan ubat pencegahan yang boleh diambil setiap hari. Pergi jumpa doktor dan dapatkan preskripsi, tapi sama jugalah, ubat tu kena beli sendiri.

Untuk penagih dadah, kalau nak hisap dadah juga, janganlah kongsi pulak jarum tu. Asing-asing la OK. Lebih bagus, pergi dapatkan rawatan, berhenti lah hisap dadah. Kalau dulu hisap heroin, boleh lah pula try dapatkan terapi gantian Metadon. Yang ni free of charge. 


Dan yang penting juga, selagi anda masih melakukan aktiviti berisiko tinggi ni, sebaik-baiknya pergi ke klinik 6 bulan sekali untuk buat ujian HIV. Lebih baik kesan awal, untuk elakkan jangkitan pada orang lain, dan supaya sistem imun kita terjaga.

Saya bukan nak judge siapa-siapa. Bukan nak tembak golongan MSM (cuma nak highlight risks based on facts & statistics). Kat klinik & hospital kami dah biasa dah jumpa pelbagai jenis orang. Transgender, homeless, gay, penagih dadah... dah jumpa banyak kali. Just nak nasihat dengan harapan kita dapat elakkan HIV tersebar.


Sekian. Semoga bermanfaat :)


20 comments:

  1. Sebab tu lah seks rambang haram di sisi agama kan. Antara hikmahnya inilah, dapat elak penyakit..

    ReplyDelete
  2. memang ngeri kalau baca pasal HIV AIDS ni, seeloknya selagi boleh cegah,cegahlah kan..buat apa nak rosak kan diri, kita ni hidup sekali je, biarlah hidup itu bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Yang paling penting hidup kita manfaatkan orang & makhluk lain. :)

      Delete
  3. Saya ni takada bela kucing. tetapi jiran sebelah ada bela kucing yang begitu banyak. Yang geramnya tak reti nak jaga dengan betul. Kebanyakan kucing dia akan datang ke rumah saya termasuklah kucing dia yang berpenyakit. Nak sound dah tua. Dah tak tau nak buat macam mana lagi. Adakah elok jika saya menghubungi jabatan haiwan untuk buat aduan. Sebab saya yakin gatal2 yang alami berpunca dari kucing2 tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa sebelum buat aduan pada Jabatan Haiwan bagus discuss dulu dengan jiran tu... Huhu..

      Delete
  4. wow..post yg yyg sangay bagus to be share with..

    ReplyDelete
  5. Nice..seronok baca.nampak ceritanya agak santai tapi amat penting.harap banyak lagi orang yang terbaca artikel ni...sesangat penting.dah lebih dekat degan masyarakat.

    ReplyDelete
  6. Seronok baca, info yang best dan santai je. Terima kasih share ilmu berharga di sini :)

    ReplyDelete
  7. Adakah pesakit Hiv akan sembuh?

    ReplyDelete
  8. Org yg mnghidap hiv ni boleh berkahwin ke? Ada juga kawan sy brtanya pd doktor , doktor kata kebanyakan tak boleh dan pej. Agama tak benarkan..betul ke?

    ReplyDelete
  9. Salam, nak tanye kalau surat doctor tulis 'underlying rvd' maksud nye apa?

    ReplyDelete
  10. pernah tak dengar pasal air alkali yg boleh membunuh kuman2 kanser? bagi saya, kalau air alkali boleh membunuh kuman2 kanser, ada kemungkinan kuman2 HIV juga dapat di bunuh dengan meminum air alkali yang secukupnya.. Wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembetulan!!
      kuman2 kanser = sel2 kanser**

      Delete
    2. Harap jangan lah bagi nasihat perubatan kalau kita tak pasti keberkesanannya

      Delete
  11. Sy keje klinik kesihatan dan mmg akn handle untuk kes hiv n rvd positif nie.. Sedih tgk muda mudi kita ramai yg positif skrg.. Xkira laki or pmpuan semua ada.. Umur dari 18-25 mmg ramai...yg blajar kt ipt tu jaga lah diri elok².. Ramai dari ipt n educated person yg positif hiv skrg.. Dunia skrg mmg makin mencabar.. Seks bebas, bertukar pasangan seks, gay, semua ade bila jumpa dgn pesakit.. Jaga lah diri baik², amalkn hidup yg sihat.. Kalau anda dlm golongan berisiko dtg lah klinik untuk checkup.. Jgn malu, jgn segan.. Untuk kebaikan semua pihak dan x sebarkn tuk org lain juga..

    ReplyDelete