Monday 3 April 2017

Online survey tool yang best - SoGo Survey

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kali ni nak share maklumat sikit. Untuk Master's research project, saya ada buat satu survey. Disebabkan kita sudah moden dan berada di zaman IT, malas lah saya nak buat survey pakai kertas kan. Kita perlulah "GoGreen". Cewahh. Dan yang lebih penting, saya malas nak ke pejabat pos untuk hantar survey, dan saya pasti respondent saya pun malas nak ke pejabat pos dan hantar survey.

Oleh itu, saya nak sarankan website ni: SoGo Survey!





Apa keistimewaan SoGo Survey?


Saya sebenarnya sebelum ni tak berapa familiar dengan online survey tool. Saya cuma pernah dengar SurveyMonkey. Tapi, dia berbayar. Dan features free dia tak sesuai dengan keperluan saya. Boleh kasi 10 soalan je. Sikit sangat...

Saya terjuma SoGoSurvey ni di student forum. Apa yang paling menarik minat saya ialah, dia boleh upgrade kan akaun kita kepada akaun "Plus" secara percuma untuk student!

Kalau pakai yang free basic account pun, banyak dah features best yang dia kasi. Korang boleh pilih pelbagai jenis 'pattern'  untuk soalan. Ada yang jenis radio button, drop down, boleh sediakan option untuk pilih satu jawapan je, boleh pilih banyak jawapan, boleh tulis jawapan secara bentuk teks (maksimum 100 perkataan), boleh buat ranking, dan macam-macam lagi. Selain tu, boleh buat multiple page, dan boleh letak banyak soalan.

Untuk publish soalan dan hantar pada respondent, korang boleh email, pakai facebook, twitter, dan macam-macam lagi. Lepas dah generate link survey, nak hantar melalui whatsapp pun boleh. Menarik kan?

Dengan SoGo Survey, saya dah boleh dapat 10 orang respondents dalam 1 weekend saja. Itu pun saya cuma hantar link pada kawan-kawan. Cuba bayangkan kalau perlu pos, nak tunggu survey tu sampai kat respondent pun mahu la tunggu dalam 2-3 hari. Nak lagi tunggu dia pos balik, lagi 2-3 hari. Seminggu baru boleh dapat response. Untuk orang yang nak jimat masa macam saya, memang tak boleh la...

Bagi saya, SoGo Survey ni memang sangat membantu. Saya baru je start pakai, tapi dah suka sangat-sangat dah. Hehe.

OK lah setakat tu saja promosi kali ni. Just nak share sebab saya rasa online tool ni sangat membantu.

Semoga bermanfaat :)


No comments:

Post a Comment