Friday 31 March 2017

Kongsi cerita: Sambung belajar Master by Research, Secara Part-time

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tajuk kali ni takde kaitan pun dengan ubat sebenarnya. Tapi, ini sebahagian dari pengalaman saya sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berusaha untuk sambung belajar, jadi saya nak share sedikit maklumat. Prosesnya agak rumit, jadi saya harap post kali ini sedikit sebanyak membantu mereka yang berminat nak sambung belajar part-time.


Image source: Drayton Tribune


Info sebelum belajar, apa yang korang perlu tahu:


Perlu dapatkan kebenaran KKM


Sebagai kakitangan awam, kita memang nak kena dapat kebenaran dulu. Tapi, lepas dapat kebenaran, korang akan dapat faedah cuti tanpa rekod, dengan syarat-syarat tertentu.

Untuk kakitangan yang sambung belajar dalam bidang kursus yang diiktiraf oleh JPA & KPT, korang akan dapat cuti ekstra tanpa rekod selama 30 hari setahun. Cuti ni boleh dipakai sekiranya perlu menghadiri kelas atau aktiviti akademik yang berkaitan. Cuti ini tak boleh di 'carry forward' ke tahun hadapan sekiranya tak habis pakai.

Kalau nak check pengiktirafan kursus, boleh semak di laman web e-Sisraf.

Kalau bidang Sarjana dan Doktor Falsafah yang korang nak ambil tu takde dalam senarai, boleh try rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009 mengenai Pengiktirafan Kelayakan Ijazah Sarjana Dan/Atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam.

Menurut pekeliling ni, dalam perkara 3(i), semua kursus Master (Sarjana) dan PhD yang dijalankan oleh IPTA sudah diiktiraf oleh kerajaan.

Permohonan untuk kebenaran sambung belajar dan cuti perlu dibuat ke unit pengurusan tempat bertugas masing-masing. Boleh dapatkan maklumat lanjut dari diorang.


UiTM - proses pendaftaran


1. Nombor Pin

First of all, nak daftar kena dulu beli pin number dari BSN. Pastikan korang semak pin jenis apa yang korang kena beli, dan berapa harganya. Kursus lain, harganya lain. Secara amnya, PhD lagi mahal dari Master, dan Master lagi mahal dari Sarjana Muda (degree).

Saya dulu ada masalah dengan pihak orang di kaunter BSN. Untuk kebanyakan kursus, pin number boleh dibeli hanya pada masa-masa tertentu (ie: semasa proses pendaftaran untuk pelajar baru dibuka). Tetapi, untuk kursus research mode, pembelian pin dan pendaftaran boleh dibuat sepanjang tahun masa.

Orang di kaunter BSN yang saya pergi tu mungkin staff baru, pastu dia kata saya tak boleh beli pin sebab pendaftaran tak dibuka. Adoi. Lama juga lah saya spend masa untuk convince dia. Akhirnya baru lah dia perasan, yang dia tersalah. Terbazir 1 jam lebih saya kat sana. Apa-apa pun,sila semak website UiTM dan BSN untuk maklumat lanjut. Kalau website kata ada, tapi staff kat kaunter kata tak ada, suruh dia semak dengan orang atasan dia, sebab mungkin dia pun tersilap.

Lepas dah ada pin, baru boleh daftar. Nak daftar senang je, sebab boleh dibuat secara online, yang penting ada pin number yang betul.

2. Proses Pendaftaran

Selepas pendaftaran secara online, tunggu lah berita baik. Selepas datang berita baik, semak betul-betul checklist yang diberi tentang apa yang perlu dibuat untuk proses pendaftaran. Kalau korang daftar masa waktu pendaftaran besar-besaran, senang, sebab cuma perlu pergi ke IPSIS/IGS HQ di UiTM Shah Alam, dan urusakan semua benda di dewan di sana. Biasanya orang yang ambil mode coursework akan daftar besar-besaran ni.

Saya buat Master by Research, hari daftar tu tak ramai orang pun. Jadi saya perlu pergi ke bangunan yang berbeza untuk setiap step dalam pendaftaran. Pergi ke IGS Office di UiTM Shah Alam, pergi ke Bank Islam (untuk bayar yuran), bangunan SAAS untuk buat student card, UiTM Puncak Alam untuk dapatkan cop dari fakulti. Kalau belajar full-time, kena pergi ke Health Center jugak, hantar borang medical check up. Lepas dah selesai semua, kena balik ke IPSIS di Shah Alam.

Pergh memang penat. Ditambah dengan beberapa karenah birokrasi. Saya pergi UiTM Shah Alam dari awal pagi jam 9am, pukul 4.30pm baru selesai. Shah Alam ke Puncak Alam ke Shah Alam balik. Mula-mula saya siap plan nak mintak off kerja half-day je untuk pendaftaran ni. Last minute decide nak apply cuti rehat, nasib baik. Kalau tidak... jawabnya tak selesai la pendaftaran. Huhuu.

3. Sticker parking

Erm saya rasa ni agak penting. Guard agak strict jugak kadang-kadang tu, kalau takde sticker kereta memang banyak diorang soal. Sticker kereta kena minta setiap tahun. Saya dulu dapatkan dari pejabat polis di UiTM Puncak Alam. Tapi, korang kena isi borang online dulu, baru boleh dapatkan sticker kereta. Ada bayaran, tapi tak ingat berapa ringgit. Murah je pun.


Persediaan mental dan fizikal


Saya baru saja masuk ke semester ke-2, dan saya boleh katakan yang sambung belajar secara part-time ni memang sukar! Lagi-lagilah saya sendiri bekerja di Klinik Kesihatan di tengah bandar yang memang sibuk, balik rumah penat2 kena fikir pulak pasal research proposal, NMRR regsitration, karenah birokrasi, etc2. Kadang-kadang rasa nak nangis. Hehe.

Alhamdulillah saya ada supervisor yang sangat membantu. Sebenarnya, kalau korang nak buat Master by Research atau PhD, pastikan korang pilih supervisor yang bagus. Ada macam-macam kisah supervisor scary yang saya pernah dengar. Masa saya study di UK dulu, ada student Malaysia yang sampai sakit mental menghadap supervisor yang teruk ni. Jadi, pilih lah supervisor yang bagus, selain daripada topik yang menarik minat korang.


Ok lah saya rasa itu saja buat masa ni. Saya harap informasi ni boleh membantu sedikit sebanyak. Bye!





1 comment:

  1. Kalau part time pun perlu apply kebenaran sambung belajar?

    ReplyDelete