Friday 10 March 2017

Endometriosis - Pengalaman Saya

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Kali ni saya nak ceritakan tentang satu penyakit melibatkan golongan wanita yang saya rasa mungkin ramai yang pernah dengar, tapi tak tahu secara mendalam.

Sebelum nak cakap panjang lebar tentang penyakit ni, jom kita ulangkaji balik tentang sistem peranakan wanita.

Sistem Peranakan Wanita
Sumber gambar: WiseGEEK


Sistem peranakan wanita terdiri daripada beberapa bahagian utama, antaranya: Rahim (uterus) dan ovari (kilang telur). Rahim dihubungkan dengan ovari melalui tiub Fallopio (Fallopian tube). Semasa persenyawaan, sperma akan 'berenang' dari vagina ke serviks (cervix), masuk ke dalam rahim dan seterusnya bertemu dengan ovum (telur perempuaan) di tiub Fallopio. Selepas persenyawaan di antara sperma dan ovum,  zigot yang terhasil akan bergerak ke rahim dan menampal di dinding rahim (endometrium). Zigot seterusnya menjadi fetus dan bayi.

Sebagai persediaan untuk menerima bayi, lapisan endomerium di rahim akan 'tumbuh' mengikut kitaran hormon wanita. 

Kitaran hormon
Sumber: Austin Community College

Namun, jika tiada persenyawaan berlaku, paras hormon yang diperlukan untuk 'penebalan' lapisan endometrium akan berkurang dan akhirnya endometrium 'gugur' sebagai darah haid. 

Endometriosis


Untuk wanita yang menghadapi masalah endometriosis, sel dinding rahim (endometrium) yang sepatutnya cuma tumbuh di rahim, mula tumbuh di luar kawasan diding rahim. Contohnya di bahagian ovum, tiub Fallopio dan ada juga yang tumbuh di kawasan luar sistem peranakan.

Endometriosis ini perangainya seperti sel endometrium di rahim tu. Ianya akan menumbuh mengikut kitaran haid. Jika tumbuh di bahagian ovari, darah dari endometriosis yang patutnya keluar sebagai haid boleh berkumpul dan menghasilkan cyst (atau dipanggil juga ketumbuhan). Cyst ini akan semakin membesar mengikut kitaran haid. Darah yang terkumpul ini menghasilkan keadaan yang 'hostile' untuk sperma, dan menyebabkan masalah 'kurang subur'.

Endometriosis juga menyebabkan kesakitan yang teruk semasa datang haid. Ada juga yang boleh menyebabkan kesakitan semasa melakukan hubungan kelamin. Masalah yang terjadi dari endometriosis bergantung pada bahagian manakah tisu endometriosis tersebut tumbuh. Contohnya, jika endometriosis tumbuh di tiub Fallopio, ia mungkin menyebabkan tiub tersumbat dan juga menyebabkan sukar untuk hamil. Selain itu, endometriosis boleh menyebabkan organ dalaman 'melekat-lekat' diantara satu sama lain sehingga menyebabkan kesakitan dan masalah lain.

Sebenarnya, endometriosis ini adalah masalah yang agak common di kalangan wanita. Di anggarkan 1 dalam 10 wanita mempunyai masalah endometriosis. Bezanya cuma teruk ataupun tidak.


Diagnosis


Endometriosis cuma dapat di diagnosis secara pasti dengan cara pembedahan dan melihat/menganalisa sendiri tisu endometriosis yang tumbuh di luar rahim.

Namun, simptom endometriosis juga dapat membantu untuk membuat diagnosis. Antara simptom/cara-cara untuk diagnosis endometriosis:

  • Kesakitan teruk semasa datang haid
  • Kesakitan semasa membuat hubungan kelamin
  • Sukar untuk hamil
  • Cyst di bahagian ovari
  • Ujian darah - Ca125 melebihi 35 unit/mL


Cyst di bahagian ovari ada banyak jenis. Sesetengah cyst berbentuk solid (terhasil dari sel dan tisu) dan ada juga yang berbentuk cecair. Untuk endometriosis, cyst biasanya berbentuk cecair. Ultrasound boleh dilakukan untuk mengesan cyst dan melalui ultrasound juga, doktor boleh membuat 'andaian' sama ada cyst tersebut solid atau cecair. 

Cyst yang terhasil disebabkan endometriosis ni dipanggil endometrioma. Endometrioma biasanya terdiri daripada cecair coklat, yang merupakan darah lama yang terkumpul dari endometriosis pada ovari. Walaupun telah dibuang, cyst ini mungkin akan datang semula kerana wanita tersebut akan terus menerus mengalami kitaran haid dan endometriosis akan terus 'tumbuh' dan menghasilkan darah yang akan berkumpul membentuk endometrioma.

Ujian darah Ca125 ini pula sebenarnya adalah ujian darah untuk mengesan cancer antigen - iaitu ujian yang dicipta untuk mengesan kanser ovari. Namun, ada banyak sebab lain yang boleh menyebabkan paras Ca125 menjadi tinggi, dan ini termasuklah endometriosis.

Biasanya ujian Ca125 akan dilakukan sekiranya doktor mengesan cyst/ketumbuhan pada ovari. Paras Ca125 yang normal adalah di antara 0 - 35 unit/L. Biasanya pesakit yang menghidap endometriosis mempuyai paras Ca125 yang tinggi sedikit daripada biasa kerana tisu endometriosis menaikkan paras Ca125 di dalam badan. 

Jadi jangan risau, sekiranya Ca125 tinggi, itu tidak bermaksud anda mempunyai kanser. Mengikut statistik, cuma kira-kira 1 dalam 100 orang yang mempunyai paras Ca125 tinggi mempunyai kanser.

Rawatan


1) Ubat tahan sakit

Untuk orang yang mengalami kesakitan teruk semasa haid disebabkan oleh endometriosis, ubat tahan sakit jenis NSAID (non-steroidal anti-inflamatory drugs) adalah disyorkan berbanding ubat tahan sakit jenis lain. Contoh NSAID ialah ibuprofen, mefenamic acid, diclofenac, naproxen. Personally, saya paling suka ibuprofen.

Kenapa NSAID? Ubat jenis NSAID mempunyai 3 fungsi: sebagai tahan sakit, kurangakan demam dan kurangkan inflammation atau radang. Jadi, NSAID insyaAllah boleh juga membantu untuk mengurangkan radang akibat tisu endometriosis selain mengurangkan sakit. Tapi ingat, NSAID mesti diambil selepas makan kerana risiko gastrik jika diambil semasa perut kosong. 

Paracetamol pun OK, terutamanya kalau anda rasa terlalu sakit dan tak lalu untuk makan. Sebab, paracetamol selamat untuk di ambil dengan perut kosong. In fact, kalau ambil masa perut kosong, kesan ubat akan datang lebih cepat kerana tiada makanan yang boleh mengurangkan kadar penyerapan ubat. Cuma, paracetamol tiada fungsi anti-radang seperti NSAID.


2) Pembedahan

Sekiranya cyst di ovari terlalu besar, iaitu melebihi 5 cm, biasanya doktor akan nasihatkan untuk buang melalui pembedahan. Ini disebabkan cyst yang besar meninggikan risiko berlakunya 'torsion' atau 'twist'. Kiranya macam cyst dan ovari terpusing dan menyebabkan kesakitan yang sangat teruk dan mungkin boleh mengurangkan penghantaran darah ke ovari dan menyebabkan sel-sel mati. Selain itu, cyst juga boleh pecah. Pun akan mendatangkan kesakitan yang sangat teruk.

Sekiranya berlaku 'adhesion' atau organ melekat-lekat disebabkan endometriosis, pembedahan juga diperlukan untuk membuang lekatan-lekatan ni. 

Malangnya, disebabkan cyst dan 'adhesion' yang terhasil adalah mengikut kitaran haid, walaupun telah dibuang, kebarangkalian untuk cyst dan 'adhesion' muncul semula agak tinggi. 


3) Rawatan hormon

Untuk mengelakkan tisu endometriosis semakin tumbuh dan merebak, rawatan hormon boleh digunakan. Seperti yang telah kita tahu, endometriosis ni bersifat sama dengan lapisan endometrium pada rahim, yang akan menebal dan menipis mengikut kitaran hormon wanita. Oleh itu, rawatan hormon boleh membantu untuk mengelakkan endometriosis daripada menjadi semakin merebak.

Contoh rawatan hormon yang biasa digunakan:

  • Combined oral contraceptive (COC) - pil perancang yang mengandungi hormon jenis estrogen dan progesteron
  • Progestogen - pil perancang yang hanya ada hormon jenis progesterone (tanpa estrogen)
  • Gonadotrophin releasing hormon (GnRH) - biasanya dalam bentuk injeksi. Ada juga nasal spray. GnRH boleh menghentikan penghasilan estrogen oleh badan, jadi badan akan jadi seolah-olah sudah menopause. 

Cuma, dengan menggunakan ubat-ubat hormon ni, tak dapat lah nak menjadi hamil. In fact, kalau guna GnRH, dan tiba-tiba 'terhamil' mungkin boleh membahayakan bayi. Jadi, dinasihatkan untuk menggunakan teknik contraceptive (eg: kondom) untuk mengelakkan hamil terutamanya 1 bulan pertama menggunakan GnRH.

Setiap rawatan ni ada pros and cons, jadi berbincanglah dengan doktor, mana yang lebih sesuai untuk anda.


Kesan Dari Awal


Endometriosis ni ada banyak tahap-tahapnya. Macam saya, lepas dah ada cyst besar 11cm baru sedar kewujudan endometriosis ni. Nak tunggu giliran untuk pembedahan ada ambil masa berbulan-bulan juga lah. By the time saya operate, cyst tu dah jadi 12cm x 8cm. Waktu tu sudah endometriosis tahap ke 3. Punya lah besar cyst tu, sampai dia dah menolak rahim saya ke depan. Perut saya pun nampak buncit gara-gara cyst tu. Syukur lah tiada 'adhesion' atau lekatan yang terlalu teruk, jadi pembedahan jenis 'laparotomy' tak diperlukan, hanya 'laparoscopy'.

Saya nak ambil kesempatan di sini untuk menggalakkan semua wanita di luar sana untuk membuat pemeriksaan sekiranya anda mempunyai simptom-simptom yang saya sebut di atas, terutamanya sakit senggugut yang teruk dan kesukaran untuk hamil. Dianggarkan 1 dalam 10 wanita menghadapi endometriosis, kiranya agak 'common' juga lah masalah ni.

Dah dekat 10 tahun saya alami senggugut yang teruk, tapi saya biarkan saja. Rupa-rupanya ada masalah lain. Kalau dikesan lagi awal, mungkin boleh hentikan endometriosis ni daripada menjadi lebih teruk. Wallahu'alam.

Pemeriksaan awal ni simple saja, cuma ultrasound. Tak sakit pun. Takde la sakit macam pap smear tu. Haha. Just scan pakai alat yang sama untuk tengok baby dalam kandungan. Selain boleh mengesan cyst disebabkan endometriosis, ultrasound juga boleh mengesan sekiranya ada ketumbuhan lain yang berbahaya seperti kanser. 

No harm to check. Betul tak?

Saya ni sebenarnya takde lah nak kata expert pun dalam bab endometriosis. Kalau tentang warfarin dan diabetes, memang saya dah ada special training. Di sini saya cuma kongsikan apa yang saya tahu dan belajar daripada doktor-doktor yang merawat saya. Maaf kalau ada kesilapan fakta.

Akhir kata, terima kasih beribu lemon kepada doktor dan kakitangan kesihatan yang telah (dan akan) merawat saya. Terutamanya team di HUKM, Cheras dan team di HKL yang telah mendiagnos cyst saya ni. Semoga Allah membalas jasa kalian.

Bye. Semoga bermanfaat :)


11 comments:

  1. salam.. sy baca blog awk ttg endo.. awk bernasib baik sbb xde adhesion. mcm sy cyst 8cm. skg dah kecut jadi 4cm tp baru2 ni naik semula 1cm. mmg sy diberi injection GnRH tu. dan sy dah xperiod 3bulan dan skg dah pun 3 kali injection. sy doktor xkasi operate sbb dah stage 4. n sebelum ni pernah operate 2x. jadi risiko if operate selalu. skg ni sy refer di O&G HUKM. setiap bulan kena jumpa doktor. sy cuma risau juga bila tgk paras ca125 sy tggi. mulanya mmg risau dgn ca125 tu. awk punya ca125 berapa? sbb sy ms tgah sakit sgt2 tu dia aktif sampai 125+, dan cek yg kali 2. dah turun ke 45. setiap bulan mmg check ca125 tu. doktor suggest kat sy if ca125 tu dah turun normal dia nak sy pregnant. tp sejak diberi injection tu sy ada sakit tumit. bersama dgn suami pun sy risau. sbbnya period dah stop. risau yg byk sebenarnya... semoga sy dipermudahkan hadapi sakit ni dan sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa berlaku pada awak skrg ? Boleh update pada blog keadaaan awak?

      Delete
  2. Tq sis. Bnyk betol info dpt. Sy search Sbb sy bru discaj dr wad n suspected endo. Balik dibekalkan dgn ubat tahan sakit. Menefamic acid.
    Sakitnya Allah je Yg tahu. 3rd time g emergency n siap request warded bru la masuk wad pemerhatian, pstu scan then warded.
    Skang tgh pk cmne nk ubati selain de ubat tahan sakit. Sbb de jugak bce Dr.Zubaidi suggest mkn kacip fatimah bersama vit E & C. Supplement Yg kaya dgn antioxidant.
    So nk tnye sis de x Yg sis amalkan?

    ReplyDelete
  3. Saya pun ada endometrioma 13cm x 6.6cm...tgh pregnant 13mggu....minggu depan doc nak operate..harap2 semua dipermudahkan n baby sihat n kuat..huhu

    ReplyDelete
  4. Mgu lpas br lpas check up, doc sahkan cyst, trkejut.. Lg trkejut bl doc kata kne op coz cyst 10x8cm, besoknye double confirm kat kpj sbb msh rs x prcaya, bl da scan lg mmg sah cyst endo ni, sdeh, mmg x de cr ln kne op jugak sblm yg lbh serius jd. Sdang mengumpul kekuatan dr ahli kelurga trdekat.

    ReplyDelete
  5. Sya pon ade endometriosis, sekrng bertmbh skit dekt ari ari.. Mmng pluang untuk hmil sukarkan.. Cadangn ubt yg sesuai untuk kcutkn endometriosis.. 10 thun kwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pn de masalah endo.. Awal Sept 2020, sy dh buat hysteroscopy d&c.. Lps tu amek progesterone 200mg sehari, lps beberape minggu doc suggest lower dos ke 100mg plak.. Tp lps tu bleeding.. Yg sepatutnya tidak berlaku.. Baru je check dgn doc 2 hari lps, dinding rahim sy tebal 17mm..Allah.. Terkejut sgt sbb normal tebal 6mm ke 7mm shj.. So, doc suggest repeat procedure yg sama ditmbh dgn masukkan Mirena.. Saya akan buat ni 30hb October 2020, InsyaAllah.. Sy berharap rawatan kali ni berkesan dan sy ada peluang hamil.. Dpt anak seorang pn jadi lah.. Rse gelap plak dunia ni bile doc kate klu sy dh ade anak, die suggest buang rahim sbb takut melarat jd cancer.. Mohon doakan saya..

      Delete
    2. Keadaan sy lbh kurangawk..sy dah pakai mirena start 2019. tahun pertama mcm ok sbb period tak byk..tp 2021 ni mula sakit yg teruk xkirala haid atau tak.kalau haid lbh parah lah sakitnya .sy dah tak fikir psl anak...bkn give up cuma sy lbh fokus mcm mn nk sembuh penyakit shj.sbb ia sgt menggangu aktiviti harian.sy sgt bergantung pd ubat tahan sakit takut jgk memudaratkan buah pinggang tp yg rs je tahu kenapa kita ambil risiko tu..bulan ramadan ni terasa sedih.sbb bila terlalu sakit sy cuba tahan sampai berguling2..xboleh makan ubat kan..nak2 sakit klu dr tghari..nk ke hospital tunggu lama2 pun xlarat..kdg kala sy terpaksa berbuka..Mirena ni rawatan akhir..jika masih xok, doktor mmg nak buang rahim.Doakan saya juga ya..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. hai sy pon kena endo & akan dioperate lpas raya..baru tadi pihak klinik call..terus sy nangis..sy takut😭

    ReplyDelete
  8. sy dh scan, doc kata sy ada adhesion colic area rahim,pundi kencing dan usus. sy ada smua tanda2 endometriosis spt yg dinyatakan..bgaimana nk buat rwtn ye. sy buntu tiap2 bln sakit sgt bila sblm period.

    ReplyDelete