Sunday 13 October 2019

Konvokesyen UiTM Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Okay kali ni nak ceritakan pengalaman konvokesyen dengan UiTM. Maybe untuk student ijazah, benda ni tak jadi isu sangat. Sure ada banyak maklumat daripada lecturer, kawan-kawan dan senior. Tapi untuk orang yang belajar part-time (ie: sorang-sorang, loser dan takde kawan), kadang-kadang rasa blur sebab maklumat dalam website macam tak berapa lengkap.

Merenung masa depan. Konvo sudah. What's next?


Pertama sekali, sila pastikan korang rajin check website ni: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/

Dalam ini ada macam-macam maklumat penting tentang konvokesyen, seperti tarikh, normbor giliran, apa yang perlu dibuat, etc2.

So apa yang perlu dibuat?


1) Sahkan kehadiran dan semak untuk pastikan nama dan maklumat semuanya betul. 

Sila take note ya, walaupun korang hadir konvokesyen ataupun tidak, korang tetap WAJIB untuk bayar yuran konvokesyen. Yuran konvokesyen ni termasuk juga dengan harga gambar korang terima skrol atas pentas nanti. Tapi lain universiti mungkin lain sistem la. Masa saya di UK dulu, harga gambar asing. Berapa harga yuran kovokesyen? Kalau UiTM, harga yuran konvo untuk student Master ialah RM210. PhD lagi mahal kot, kalau nak tahu, sila semak bil anda.

2) Isi borang Kajian Pengesanan Graduan. 

Ini wajib diisi sebelum konvokesyen. Basically ini ialah satu survey yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Lepas isi, sila print slip pengesahan yang korang dah isi. Nanti kena bawa masa nak ambil jubah.

3) Semak tarikh, bilangan sidang dan nombor giliran masing-masing. 

Contoh macam saya dulu, tarikh 10 Oktober, sidang ke-10, nombor giliran A18. Terus hafal. Benda ni semua penting ye. Satu hari ada 2 sidang, pagi dan petang. Kalau sidang pagi macam saya, kena datang 7.30am. Gila awal. Dah la banyak traffic jam. Maka saya pun tersampai lewat. Oops. Hehe.

4) Pengambilan jubah. 

Masa untuk ambil jubah berbeza mengikut sidang masing-masing. Biasanya diorang akan bagi waktu hujung minggu. Saya dulu dapat giliran petang Ahad. Sepatutnya ada raptai, jadi kalau nak join raptai, sila lah datang pada waktu yang ditetapkan. Saya dulu sampai lewat, so tak sempat nak pergi raptai.

Kalau konvo di UiTM Shah Alam, jubah perlu diambil di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), tingkat 1 kalau tak silap. Ada banyak signange, so ikut je. Tapi sebelum ambil jubah, korang kena pergi ke pintu dewan utama dulu. Tunjukkan resit bayaran yuran konvo, slip pengesahan Kajian Pengesanan Graduan dan wajib pastikan semua denda tertunggak telah diselesaikan. Lepas semua setel, baru dia akan bagi beg yang ada pelekat kereta dan tiket masuk dewan untuk 2 orang semasa konvo nanti. Kalau nak minta orang lain ambilkan, pastikan diorang bawa dokumen-dokumen ni dan ada kebenaran bertulis.

Masa nak ambil jubah, pastikan korang ikut laluan yang betul. Ada laluan berbeza untuk student diploma, ijazah, sarjana dan PhD. Jangan salah ambil jubah pulak ye. Di sini diorang akan bagi sekali mortar board (topi konvo) dan juga mafla yang letak kat bahu tu. Pastikan korang pilih jubah bersaiz sesuai. Kena pastikan jubah konvo mencecah bawah lutut.

5) Etika pakaian. 

Dulu masa konvo kat UK takde la strict sangat bab etika pakaian ni. Terkejut pulak UiTM ni banyak betul syaratnya. Contohnya, perempuan memang tak boleh langsung pakai seluar, walaupun seluar slack. Blouse dan skirt pun tak boleh. So pakai baju kurung je la.

As of Oktober 2019, inilah etika pakaian untuk perempuan:
  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
  2. Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
  3. Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
  4. Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
  5. Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.
  6. Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
  7. Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1 inci tinggi.
  8. Sekiranya memakai sarung tangan, sila pastikan ianya dipakai dikedua-dua belah tangan dengan warna hitam ataupun mengikut warna kulit.
  9. Pakaian  fesyen berseluar  tidak dibenarkan sama sekali.
  10. Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN
Paling saya tak tahan, kena pakai kasut bertumit SEKURANGNYA 1 inci. So tak boleh pakai kasut flat ye. Tak vogue gitu. Hahaha. Peraturan ni la yang mebuatkan saya merana sepanjang hari tu. Saya tak ada kasut bertumit. Kerja farmasi kan, banyak berjalan, so kasut saya jenis flat dan comfy je. Nak cari tumit 1 inci terpaksa pinjam kasut kakak. Dah tak sesuai dengan kaki. Tapi kena jalan banyak pulak, sebab parking kereta jauh. Tak pasal-pasal kaki melecet. Haihhh.

Ehem. Contoh baju yang menepati etika pemakaian

Tetamu pun ada etika pakaian ye. Jangan lupa check website UiTM.

6) Perjalanan masuk ke DATC.

Pada hari konvokesyen, diorang tak benarkan student untuk masuk melalui pintu utama. Semua kena ikut pintu no.2, yang dekat dengan seksyen 6. Jauh sikit la dari DATC. Kalau sesi pagi, kena parking di dataran kawat. Kalau sesi petang, kena parking di luar UiTM dan naik bas shuttle yang disediakan untuk ke DATC.

Dataran kawat ke DATC jauh tau. Sengsara nak berlari ke sana. Dari padang kawat, naik tangga ke stadium UiTM, dan lepas tu naik tangga lagi ke DATC. Memang la makin lewat kan. Dah la nak masuk UiTM sendiri pun jam. Kawan saya kata masa dia sampai boleh parking kat DATC terus, dekat area parking bertingkat. Untung lah orang yang awal.

Tempat beratur ke dewan ada 2: pintu A dan pintu B. Tengok nombor giliran korang. Kalau nombor giliran A18 macam saya, kena pergi pintu A. Bukan pintu B (saya tersilap pergi sana, sebab jumpa pintu B dulu lepas naik dari stadium. lol). Sepatutnya dalam website UiTM ada page yang tunjuk gambar Laluan Susunan Barisan, tapi gambar tak boleh load. Banyak kali saya pergi pun tak dapat load jugak. Adoi. Mana la tak sesat kan.

7) Upacara konvokesyen.

Lepas dah jumpa laluan susunan barisan yang betul, sila lah beratur ikut papan tanda yang disediakan. Pastikan korang dapat kad nama dan nombor giliran masing-masing sebelum masuk dewan. Lepas ada tu masuklah korang ke dalam dewan ikut giliran. Siapa lambat, tak boleh masuk dewan dan tak boleh ambil skrol. Hehe. Just kidding. Siapa lambat akan jadi "graduan insert". Apa itu graduan insert? Nanti saya cerita.

Dah dekat nak sampai giliran korang ambil skrol, korang akan perlu keluar dewan dan beratur ikut giliran nombor. Tinggalkan semua beg, telefon, botol air dan sebagainya dekat tempat duduk masing-masing. Cuma bawa kad nama & nombor giliran je. Sebelum naik pentas, sila bagi kad nama tu pada staf kat tepi pentas tu.

Di tepi pentas ada nombor. Sila ikut arahan staf pentas untuk menandakan kat mana korang perlu berdiri. Tunggu sampai nama korang dipanggil. Untuk dapatkan gambar yang cantik, jangan tunduk masa ambil skrol. Sila senyum dan pastikan ada eye contact.

Dan lepas tu, turun di hujung sebelah sana pentas. Saya ulang: turun di hujung sebelah sana pentas, bukan di tengah pentas ye. Jangan jadi macam saya. Hehe.

Gambar dari atas pentas, ihsan daripada Supervisor saya yang awesome

Lepas dah turun dari pentas, sila balik ke tempat duduk masing-masing. Duduk situ sampailah majlis selesai. Kalau nak pergi tandas, tinggalkan mortar board di tempat duduk ya.

8) Pemulangan Jubah, Pengambilan Skrol dan Gambar.

Lepas dah selesai istiadat konvokesyen, korang boleh terus pulangkan jubah di tingkat 1, dan masa tu boleh terus ambil skrol. Nanti ada satu survey yang korang perlu hantar sebelum ambil skrol.

Kalau nak bergambar dulu, boleh lah pulangkan jubah pada hari berikutnya. Tapi ada bayaran RM2. Kalau lambat lebih daripada sehari, akan ada denda RM30 campur RM2 sehari untuk kelewatan pulang jubah.

Malangnya, gambar tak boleh ambil pada hari yang sama. Paling awal, korang boleh datang hari berikutnya untuk ambil gambar. Kalau tak dapat jugak, boleh datang sehingga 1 bulan selepas tarikh konvokesyen. Kalau lebih 1 bulan - 6 bulan (sebelum konvokesyen berikutnya), ada denda lewat RM5 kalau tak silap. Kalau korang tak tuntut selepas tu, gambar korang akan dilupuskan.

Masa pengambilan gambar hanyalah pada waktu pejabat (8am - 5pm). Eh malasnya nak pergi Shah Alam semata-mata nak ambil gambar kan. Satu kerja lagi nak kena ambil cuti pulak. So, saya decide untuk minta diorang pos je. Nanti boleh pergi ke kaunter diorang di tempat parking DATC, dekat dengan area gerai makanan. Isi borang dan bayar RM20 untuk caj pos laju.

Kalau nak ambil gambar ala-ala studio, ada tempat korang boleh ambil gambar kat situ juga. Bayaran tak ingat berapa.


Apa jadi pada orang yang sampai dewan lewat?


Saya dulu, patutnya sampai 7.30am kan. Tapi saya sampai 8.10am kat dewan, selepas berlari-lari dari padang kawat dan tersesat di pintu B. Masa tu, orang yang giliran awal-awal (eg: A20) dah selamat masuk dewan dah. Kalau giliran A150 ke, masih lagi sempat beratur.

Maka, sayalah orang pertama pada hari tersebut menjadi "graduan insert".

Graduan insert ni nama khas untuk orang-orang lewat yang tak dapat nak masuk dewan sama-sama dengan kawan sefakulti yang lain. So kalau dah lewat tu, bila ada staf tanya, "Insert ke?" Angguk je la ye. Hehe.

Untuk kebanyakan graduan insert yang giliran belakang-belakang, korang boleh je masuk dewan dan duduk sama-sama dengan geng sefakulti korang lepas nyanyian lagu dan upacara pembukaan selesai.

Untuk graduan insert giliran depan macam saya, malangnya perlu duduk di barisan belakang sekali dan tak boleh duduk sama-sama dengan geng korang. Kesiann. Lol. Sebab orang giliran awal, tempat duduk sangat dekat dengan pentas. Akan nampak serabut dan mengganggu orang lain kalau perlu reassign seat pulak untuk orang yang lewat ni. Maka duduklah di belakang ye.

Suasana dalam DATC

Tapi best sebenarnya duduk belakang ni. Bayangkan kalau duduk dekat dengan pentas. VIP dan lecturer sentiasa memerhati. Kena behave je. Saya duduk kat row belakang ni, siap ambil video, post Insta story sambil buat boomerang, boleh menggeliat, bersembang dan gelak ketawa. Takde la terasa bosan sangat dalam dewan tu. Hehe.


Okay tu je perkongsian serba sedikit. Semoga bermanfaat sedikit sebanyak. :)


7 comments:

  1. Nice information. Saya akan konvo tahun ni hujung bulan 5, konvo ke-96. Sangat membantu sharing yang cik ceritakan diatas.

    ReplyDelete
  2. Wahh tq sharing..

    ReplyDelete
  3. Tq share!!!!! Bantu sangat. Kena datang awal ni

    ReplyDelete
  4. Membantu sangat! Tapi raptai wajib datang ke ya??

    ReplyDelete
  5. Nombor giliran tu ikut apa ya?

    ReplyDelete
  6. kalau takda pelekat kenderaan tu tak boleh masuk ke?

    ReplyDelete