Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Saturday, 10 January 2015

First Entry: Salam Perkenalan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Saya Izzati, seorang Pegawai Farmasi. Saya berasal dari Kuala Lumpur, dan mendapat ijazah Master of Pharmacy, First Class Honours dari Cardiff University, United Kingdom. Kini saya berkhidmat sebagai Pegawai Farmasi di salah sebuah hospital daerah di Sabah.

Ahli Farmasi Sedia Membantu :D (Aku dan rakan2 sekerja)

Sebagai seorang Pegawai Farmasi bahagian Drug Information Service, saya suka untuk berkongsi maklumat ubat dengan orang awam. Saya sudah mula mengadakan pameran dan ceramah kenali ubat anda untuk orang awam sejak tahun 2012.

InsyaAllah saya akan update blog ni dari semasa ke semasa untuk memberi sedikit sebanyak maklumat berkenaan ubat-ubatan kepada orang awam.

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Sekiranya ada pertanyaan, jangan segan silu untuk bertanya :)

Disclaimer: Segala maklumat dalam blog ini hanya untuk rujukan. Jangan mengambil ubat tanpa nasihat doktor.