Erm.. Lama pula tak update blog ni. Hihi. Sebelum ni saya terkena jangkitan travel bug, asyik update travel blog saya saja. Jadi blog ubat ni terabai pula. ^^;;
Sebagai pharmacist di hospital kerajaan, saya tak larat bila ada pesakit cakap macam ni:
Puan A: Boleh tak saya nak antibiotik yang warna merah tu? Yang tu je 'ngam' dengan anak saya.
Saya: Hmm? Antibiotik jenis apa puan? Dulu dia sakit apa?
Puan A: Jangkitan kulit. Nama ubat tu saya tak ingat laa..
Saya: Oh tak boleh la nak pakai anibiotik tu. Sekarang dia cirit birit, kena pakai antibiotik jenis lain. Lain kuman, lain antibiotik yang kita kena pakai
Puan A: Oooooo
Okey, cakap pasal jangkitan, saya nak tanya, korang tahu tak apa beza benda-benda ni: Kuman. Bakteria. Virus. Fungus. Protozoa. Parasit.
Colonies growing on agar plate |
Saya rasa sepatutya semua orang sepatutnya tahu. Kita ada belajar pasal benda ni dulu, dalam subjek Sains. Tapi saya rasa ramai yang mungkin tak ingat sebab dulu-dulu belajar untuk pass exam je kan? Hihi. ^^;;
InsyaAllah saya akan cuba terangkan sikit demi sedikit.
Kuman
Kuman ni terminologi yang pada saya, agak ambiguous. Kuman sebenarnya merujuk kepada 'germ' iaitu terma yang merangkumi pelbagai jenis mikroorganisma yang membawa keburukan pada manusia.
Tapi ada juga orang yang merujuk spesifik kepada 'bakteria' apabila menggunakan perkataan 'kuman'. So, kalau korang ada diberitahu korang dijangkiti 'kuman' bagus lah juga korang tanya untuk specify kuman jenis apa yang korang dapat tu.
Kebanyakan kuman adalah parasit yang membawa keburukan pada manusia. Parasit merujuk kepada hidupan yang menumpang hidup dengan hidupan lain tanpa memberi faedah kepada hidupan tu dan juga membahayakan hidupan yang dia tumpang tu.
Bakteria
Saya nak mulakan dengan 'bakteria'. Bakteria ni adalah mikroorganisma unisel. Maksudnya dia ada satu sel sahaja. Struktur sel dia pun simple berbanding dengan dengan hidupan multisel macam manusia. Dengan kata lain, perbezaan fugsi sel bakteria dan sel manusia sangat banyak.
Contoh penyakit yang dibawa oleh bakteria: kolera (cirit birit), pneumonia (sejenis jangkitan paru paru), cellulitis (sejenis jangkitan kulit)
Bakteria E. coli, dilihat di bawah mikroskop |
Ubat untuk membunuh bakteria dipanggil antibiotik. Ada banyak jenis antibiotik. Setiap antibiotik bertindak untuk membunuh bakteria melalui pelbagai strategi. Contohnya:
1) Dengan cara memusnahkan dinding sel bakteria dan menyebabkan bakteria mati
2) Dengan mengganggu replikasi DNA bakteria dan menyebabkan bakteria tak dapat membiak
3) Menganggu metabolisma bakteria dan menyebabkan kitaran hidup bakteria terganggu
Disebabkan sel bakteria ni berbeza dengan sel manusia, secara amnya antibiotik sangat spesifik dan hanya akan membunuh sel bakteria.
Tapi anda perlu tahu, bakteria yang berbeza hanya boleh dibunuh dengan antibiotik tertentu. Antibiotik untuk bunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan kulit mungkin tidak boleh membunuh bakteria yang menyebabkan anda cirit birit. Jadi jangan makan ubat sembarangan tanpa nasihat doktor/pharmacist!
Fungus
Saya mahu pergi ke fungus dulu. Dalam bahasa orang tempatan, fungus ni juga dipanggil kulat. Contoh jangkitan daripada fungus: athlete's foot (yang menyebabkan kaki bau busuk tu), oral candidiasis (putih-putih dalam mulut, bayi selalu kena), dan vaginal candidiasis (keputihan)
Fungus di bawah mikroskop. Nampak cantik kan? |
Fungus ni, lebih kompleks berbanding bakteria. Ada yang unisel, ada yang multisel. Jadi, fungus ni lebih banyak persamaan dengan sel manusia.
Disebabkan itu, antifungal yang digunakan untuk membunuh jangkitan fungus secaranya amnya adalah lebih toksik kepada manusia. T__T
Kebanyakan ubat antifungal target ergosterol, sejenis bahan yang hanya terdapat di dalam fungus dan protozoa, tapi takde dalam manusia. Tapi walaupun takde dalam manusia, struktur kimia ergosterol agak menyerupai sterol di dalam manusia, so masih lagi ada kemungkinan untuk menganggu sel manusia juga.
Fungus juga secara amnya lebih susah untuk dibunuh. Kalau untuk krim antifungal, biasanya farmasi akan suruh sapu lagi seminggu selepas jangkitan kulit hilang untuk elakkan jangkitan fungus tu datang balik.
Salah satu problem fungus ialah diorang ni boleh menghasilkan spora (biji benih untuk diorang membiak). Fungus lebih mudah dibunuh, tapi spora ni tahan panas dan lebih sukar dimusnahkan.
Protozoa
Satu lagi hidupan unisel pembawa penyakit ialah protozoa. Sel protozoa agak kompleks. Diorang ni selalunya dijumpai berenang-renang dalam air. Dalam tanah pun ada.
Protozoa. Image source: https://en.wikipedia.org/wiki/Protozoa |
Dari segi ubat, sesetengah protozoa boleh dibunuh oleh antibiotik. Plasmodium, protozoa yang menyebabkan malaria, boleh dibunuh oleh pelbagai ubat spesifik untuk malaria.
Virus
Antara banyak-banyak mikroorganisma, virus ni la antara yang paling pelik. Sudah la sifat dia pun tak macam hidupan lain. In fact, korang boleh crystallize virus, dan lepas tu, diorang masih lagi aktif dan 'hidup' macam biasa.
Virus |
Kalau nak senang korang fikir, bayangkan kalau bakteria ni saiz dia 5 meter, virus ni pula cuma 2 cm je.
Tapi, kecil-kecil cili api.
Bagi saya lah, virus ni memang susah betul nak bunuh. Diorang kecil, suka sembunyi dalam sel manusia. Kerja diorang ialah hijack sel badan manusia supaya menghasilkan lebih banyak virus supaya diorang terus membiak. Satu sel manusia yang dijangkiti akan hasilkan lagi beribu2 lemon virus yang baru. Scary kan?
Nak bunuh memang susah. Diorang ni takde nukleus, takde dinding sel, cuma ada beberapa protein/enzim saja di badan diorang. So kita cuma boleh target protein-protein ni sahaja.
Sebab itulah, banyak penyakit yang disebabkan oleh virus masih tiada penyembuh sampai sekarang. Contoh: HIV, denggi, Zika virus. Ebola.
Kalau ada ubat pun, selalunya banyak kesan sampingan dan kurang efektif. Ada yang perlu ambil secepat mungkin sementara virus belum merebak secara luas. Contoh: ubat untuk influenza, dan demam campak. Kalau ubat untuk HIV, pesakit perlu ambil sepanjang hayat untuk elakkan virus tu datang semula. Sebab once kita dah stop, kebarangkalian untuk HIV berleluasa tu sangat tinggi. Tapi insyaAllah, kalau ambil secara istiqamah dan konsisten, pesakit boleh jalani hidup macam orang biasa. Nak ada anak pun boleh :)
Biasanya kalau virus, kita akan mengharapkan sistem imun badan kita sendiri yang bunuh virus tu. Allah dah jadikan sel darah putih kita ni pandai kesan virus dan hapuskan diorang. Sebab itulah kalau setakat demam selesema biasa, TAK PERLU ambil antibiotik.
Virus tu tak peduli pun dengan antibiotik tu. Buang duit korang je beli antibiotik. Yang penting, banyakkan rehat, dan minum air banyak sementara tunggu sel darah putih kita hapuskan virus demam selesema tu. Kalau suhu badan naik, cepat-cepat ambil ubat demam supaya tak menganggu sistem badan kita. (Badan kita berfungsi dengan baik hanya sekitar suhu 37 darjah selsius).
TAPI dalam kes HIV di mana virus tu serang sel darah putih, susah sikit lah nak sembuh. Sebab itulah kebanyakan orang yang menghidap HIV positif akhirnya akan meninggal akibat komplikasi kurang daya tahan badan disebabkan sistem imun badan sudah dimusnahkan oleh virus HIV.
Prion
Tapi prion tak mati pun.
Korang kena incinerate dia dulu, panaskan dengan suhu yang super tinggi dengan masa berjam-jam, baru boleh mati. Dengan kata lain, kalau dijangkiti prion, memang takde ubat la. Kena bakar mayat jadi abu dulu, baru la prion tu mati sekali.
Actually prion ni bukan la jugak 'hidupan'. Dia ni kecil sangat, macam protein saja. So nak kata dia 'mati' pun tak boleh. Mungkin lebih sesuai saya pakai perkataan 'terhapus'. Huhu.
Penyakit yang disebabkan oleh prion, yang paling terkenal adalah Creutzfeldt-Jakob Disease (CJD). Penyakit ni affect bahagian otak, menyebabkan masalah memori, perubahan personaliti dan kehilangan fungsi otak.
Minta dijauhkan sajalah.
Saya harap dengan entry kali ni, korang akan lebih memahami jenis-jenis kuman pembawa penyakit. Dan anda juga diharapkan faham kenapa kadang-kadang tu sakit kulit juga, tapi lain jenis ubat yang kena kasi. InsyaAllah, lepas ni kalau berkesempatan saya akan tulis pula tentang antibiotik dan masalah antibiotic resistance (kerintangan antibiotik).
Okay, itu saja dari saya. Semoga bermanfaat! :)
Mana nakndapat ubat untuk influenza..anak sy kena jangkitan virus ni..kesan melalui ujian darah
ReplyDeleteInfluenza jangkitan virus. Untuk orang yang sihat, biasanya tak perlukan ubat pun, sebab sistem imun badan kita mampu untuk bunuh sendiri virus tu. Tapi, kalau diperlukan biasanya doktor akan preskrib ubat antiviral seperti Tamiflu (oseltamivir). Kalau doktor kata tak perlu ubat, insyaAllah tak payah risau. Just rehat banyak2 dan banyakkan minum air.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam sis..saya nak tahu,macam mana kita nak tahu kita d jangkiti dengan bakteria2 ni?sebab kekadang kita p hospital/klinik pun dctr just tengok belek2 je bdn kita tu.let’s say kulit gatal.
ReplyDeleteWsalam. Ada simptom2 dia yang doktor boleh tengok. Secara amnya, kalau untuk kulit, jangkitan bakteria akan menyebabkan nanah, dan jangkitan tu nampak macam lembap2. Kalau sakit tekak, doktor akan tengok tekak tu, kalau bakteria boleh nampak tonsil exudate.
DeleteBagaimana dgn sawan demam sis..?
ReplyDeleteBaby sy berusia 9 bln kena..
Ade ke rawatan yg bleh menyembuhkn sepenuh nye..?
Terima kasih...
Tq...info yg sangat baik
ReplyDeleteSaya di sini untuk memberikan kesaksian saya bagaimana saya sembuh dari HIV, saya menghubungi HIV saya melalui pisau. Seorang teman saya menggunakan pisau untuk mengupas kuku jarinya dan menjatuhkannya di tempat dia menggunakannya, jadi setelah dia pergi saya tahu apa yang datang kepada saya, saya melihat kuku saya, kuku saya sangat panjang dan saya mengambil pisau yang dia hanya digunakan pada kukunya sendiri untuk memotong kuku jariku, karena aku mempertahankan namaku, aku melukai diriku sendiri secara keliru. Saya bahkan peduli tentang itu, jadi ketika saya sampai di rumah sakit minggu berikutnya ketika saya sakit dokter memberi tahu saya bahwa saya HIV positif, saya bertanya-tanya dari mana saya mendapatkannya jadi saya ingat bagaimana saya menggunakan pisau teman saya untuk memotong dari tangan saya jadi saya merasa sangat sedih di hati saya sampai-sampai saya bahkan tidak tahu harus berbuat apa, jadi suatu hari saya sedang melewati internet saya bertemu dengan kesaksian seorang wanita yang semuanya berbicara tentang bagaimana dia disembuhkan oleh seorang dokter bernama DR Imoloa jadi saya segera mengirim email ke dokter tersebut dan dia juga menjawab saya dan mengatakan kepada saya persyaratan yang akan saya berikan dan saya lakukan sesuai perintahnya, dia menyiapkan jamu untuk saya yang saya minum. Dia mengirimi saya pesan pada minggu berikutnya bahwa saya harus menjalani tes yang saya lakukan yang mengejutkan saya sendiri, saya menemukan bahwa saya HIV negatif. Ia juga telah menyembuhkan semua jenis penyakit yang tidak dapat disembuhkan seperti: penyakit Huntington, jerawat punggung, gagal ginjal kronis, penyakit Addison, Penyakit Kronis, Penyakit Crohn, Cystic Fibrosis, Fibromyalgia, Penyakit Radang Usus, Penyakit Jamur Kuku, Kelumpuhan, Penyakit Celia, Limfoma , Depresi Mayor, Melanoma Maligna, Mania, Melorheostosis, Penyakit Meniere, Mucopolysaccharidosis, Multiple Sclerosis, Distrofi Otot, Artritis Reumatoid, Penyakit Alzheimer dan banyak lagi. Berkat dia sekali lagi dokter hebat yang menyembuhkan saya dr. Imoloa jadi Anda juga bisa email dia melalui drimolaherbalmademedicine@gmail.com atau whatsapp dia di + 2347081986098. / situs web- drimolaherbalmademedicine.wordpress.com. Tuhan memberkati Anda, Tuan.
ReplyDeleteInfo yg sangat bermanfaat. Terima kasih
ReplyDelete